Thursday, September 13, 2007

1 Ramadhan 1428H




Alhamdulillah,

pagi ini saya bersahur di samping suami tercinta dengan lauk sup ayam, sayur kubis bercampur sotong dalam tin, serunding daging, telur masin dan 4 macam air - soya, oren merah, kopi radix dan tak ketinggalan air mati (suam).

hari ini pun bangun awal - 3.45 pagi untuk menyediakan lauk bersahur terus disusuli membuat biskut popia susu sejurus selepas bersahur sambil menunggu azan Subuh berkumandang jam 5.09 pagi.

saya berasa bertuah kerana bertemu buku agama Islam kecil berwarna coklat yang judulnya saya kurang faham cuma bertulis jawi Melayu saja saya faham yang mengandungi doa-doa amalan untuk dunia dan akhirat antaranya Surah Yaasin, Surah Al-Kahfi, Surah As-Sajadah, Surah Al-Fatihah, Surah Ar-Rahman, Surah Al-Waqi'ah, Surah Al-Mulk, Surah Nuh, Surah Al-Muzammil, Suha An-Naba, Ayat Lima, Ayat Tujuh, Doa Nisfu Syaaban, Doa Istighfar Rejab, Fadilat Mandi Mayat, Kafan, Sembahyang atas Mayat, Talkin Mayat, Peraturan Tahlil, Doa Khusus Bagi Mayat, Doa Kanzal 'Arsyh , Doa 'Akasyah, Doa Akhir Tahun, Doa Awal Tahun dan Doa Hikal.

sempena bulan Ramadhan dan untuk seterusnya marilah kita beramalan....

hari ini ke pejabat sebelum jam 7.00 pagi kerana masuk kerja jam 7.30 pagi bagi menganjakkan waktu balik ke pukul 4.30 petang.

insyaAllah, segalanya berjalan lancar sepanjang bulan barakah - Ramadhan Al-Mubarak.

Armiza Nila
KKKUC
1 Ramadhan 1428H/13 September 2007

5 comments:

Serunai Faqir aka SF said...

Wow meriahnya sahur dia! hehehe selamat berpuasa kepada kak sekeluarga ... salam dari SF

Helmy Samad said...

Salam.

Selamat menjalani ibadah ramadhan buat kak sekeluarga.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Dik SF..

biasalah hari pertama puasa...kenalah banyak sikit makan waktu sahur..baru bersemangat nak gi kerja..kan

bang Helmy dan Ali the cute....selamat berpuasa juga buat kalian sekeluarga...salam khas untuk Pak Samad juga..insyaAllah, suatu hari nanti Saya nak buat lawatan khas ke rumah bang Helmy dan Pak Samad...bolehkan....tahun melawat Malaysia...

Helmy Samad said...

Salam.

Hehehe boleh asalkan diberi notis awal.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam bang Helmy,

InsyaAllah kita akan bertemu jua di alam nyata.

Saya hanya sekali bersemuka dgn Pak Samad di Dewan Suarah Kuching.

Saya masih tak puas hati dan terus ingin mendekati beliau.

Saya percaya niat yang baik akan berhasil jua nanti...

pernah berbicara dengan jiran tentang Pak Samad dan Pulau Melano di Sematan...