Thursday, September 06, 2007

Ketika Puisi Diangkat













































































Salam.

Maafkan saya kerana laporan aktiviti ini sedikit lambat dipublishkan.

Saya telah dijemput untuk mendeklamasikan puisi ketika Majlis Konvensyen HPA julung2 kalinya di Sarawak yang diadakan di Pustaka Negeri pada 25 Ogos 2007.

Ketika itulah saya merasa bangga kerana Puisi telah diangkat termasuklah bagi menyerikan majlis anugerah perniagaan seperti ini.

Saya membaca puisi Usahawan Cemerlang karya Pengarah 1, Tuan Hj Ismail bin Hj Ahmad sendiri. Ketika itu saya merasakan seluruh penonton memberi perhatian khusus mendengar puisi yang saya deklamasikan.

Bukanlah saya nak mengangkat diri, cuma saya merasakan usaha para pengedar/pengusaha perniagaan MLM ini untuk mengangkat puisi itulah yang saya kagumi.

Mudah2an selepas ini Puisi akan terus diangkat seperti juga Sasterawan Negara A. Samad Said yang menjadi ikon iklan Perodua mendeklamasikan puisi dicorong radio sempena 50 tahun kemerdekaan.

Saya begitu terharu mendengar dan menghayati deklamasi puisi dari idola saya SN A. Samad Said.

Seperti gambar2 yg disiarkan, upline saya iaitu En. Sidek Hj Hadi [Cikgu] telah memegang jawatan sebagai Pengarah Jati dalam masa tak sampai setahun. Subhanallah. Maha Suci Allah. Yang memberikan kejayaan kepada hamba-Nya yang kuat berusaha.

Semua ini mendorong semangat saya untuk menggempur pasaran HPA Radix di Sarawak.

Armiza Nila
Kuching

No comments: