Wednesday, October 31, 2007

Beraya bersama penulis veteran Sarawak

[Bersama penulis veteran Sajali Mohamad di teratak beliau di Taman Sukma]


Salam,

Alhamdulillah, raya tahun ini saya dan keluarga sempat berziarah ke rumah penulis veteran Sarawak sambil berbual tentang penulisan biarpun masanya agak terbatas.

Saya sempat berkunjung ke rumah penulis Abdillah SM di Taman Sejoli Murni. Cuma tidak sempat mengambil foto kerana begitu asyik berbual dengan beliau sekitar antalogi puisi yang beliau bakal terbitkan sendiri dan juga cerita sekitar cerpen dan lain-lain bidang sastera dan seni yang beliau ceburi.

Rasanya memang tidak cukup masa saya bersembang.

Penulis kedua ialah Sajali Mohamad. Kali pertama saya bertemu orang rumah beliau yang cukup cantik dan ramah melayan kami anak-beranak.

3 comments:

Penabahari said...

Usaha yg molek di bulan yang berbahagia ini

Unknown said...

Jalan2 ke rumah penulis, seronok juga,kan. Bila agaknya dapat ke rumah Kak za?

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

salam kak Za,

memang seronok berbual dgn penulis yg berpengalaman....

kita ni muda lagi kan...baru 10 tahun usianya berbanding penulis veteran...

insyaAllah suatu masa kita akan bersua jua kak Za...tunggulah Miza akan berkunjung ke sana nanti..