Alhamdulillah, sesekali saya menjenguk laman Al-Ustaz Zaharuddin, serasa keinsafan menyarung dalam sekujur diri. Betapa bertuahnya Ustaz kerana dapat menyumbangkan ilmu yang didapatnya untuk dikongsikan kepada khalayak pembaca dunia tanpa sempadan ini. Sesekali juga saya merasa cemburu dengan ilmu beliau. Apa pun, sebagai insan yang kurang ilmunya saya gembira kerana menjadi salah seorang pembaca tulisan beliau dan saya bersenang hati kerana 'masih ada' ustaz seumpama beliau di Malaysia ini sudi mengongsikan ilmu keagamaan di laman web seperti ini.
Terimbas saya ketika pernah menuntut di IPTA dulu. Saya bercita-cita menjadi pendakwah bebas selepas habis pengajian. Namun "kusangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari".
Walau bagaimana pun, saya tetap dengan cita-cita saya itu dengan menggiatkan diri dalam bidang penulisan. Mana tahu satu hari nanti apa yang saya tulis di blog ini sedikit sebanyak akan menyumbangkan juga ilmu kepada mereka yang berkenaan.
Dan semoga apa yang kita tulis itu sentiasa bermanfaat biarpun pada mulanya agak banyak kepincangan di sana-sini dalam posting saya. Saya tetap berusaha untuk memperbaikinya.
Mudah2an dengan ini, segala pengalaman yang real dalam kehidupan sehari-hari kita turut juga menjadi iktibar pada kehidupan orang lain walau dalam bentuk apa pun kita sampaikan biarpun hanya dari sebatang tulisan sekecil sepadat seringkas PUISI....
Armiza Nila
Pemikiran Telus
15 years ago
2 comments:
Semoga tulisan kita menjadi ibadah dan kita dilindung dari menulis sesuatu yang jelik.
InsyaAllah bang Pharo.
Seluruh jiwa dan raga saya sudah tumpah kasihnya pada seni tulisan.
Saya akan naik angin sekiranya khutub khazanah saya tidak dijaga dengan sempurna setelah orang menggunakannya.
Saya sanggup berbagi wang semata2 untuk membeli buku bagi menambah ilmu.
InsyaAllah, tulisan kita nanti akan berkembang dan berkembang dengan suburnya dan umpama embun dingin yang menyejukkan...
Post a Comment