Monday, December 03, 2007

...dilema wanita...

...hampir setiap masa [opsss...kecuali tidur]...saya dilingkari oleh dilema wanita :-

..samada diri saya
...rakan pejabat
...kakak
...kakak ipar
...rakan-rakan..

..hampir sama..bunyi ceritanya....

..sampai bilakah wanita akan terus mengalah dengan kehendak para lelaki [SUAMI] yang kebanyakannya punya keegoan yang tinggi

...tidak cukupkah dengan pengorbanan hati dan perasaan wanita demi menegakkan tugu cinta yang telah terbina

...saya kasihan
pada [...]
pada rakan pejabat
pada kakak
pada kakak ipar
pada SEKALIAN WANITA
yang menghadapi masalah yang sama..

DILEMA WANITA...

5 comments:

roslan jomel said...

Salam hormat,

Saya diberitahu, puisi sdr Miza terbit dalam YIIB hari ini. Tahniah daripada saya.


Salam hormat.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam hormat,

Lan terima kasih atas info. Saya sedih kerana sejak berpindah tempat bertugas, utk mendapatkan UB dan US sukar sekali kerana jalan sesak di sepanjang jalan ke pejabat - dan saya masih fobia utk berhenti di bus stesen utk mendapatkannya.

Apa pun, info ini membangunkan saya kembali dari kantuk ini.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam hormat,

Roslan, saya sudah menatap puisi saya yang disiarkan itu melalui fotostate daripada DBPCS.

Saya bangga dan bersyukur kerana ia terbit, malah ada sedikit kesedihan di hati saya. Puisi yang mempunyai banyak rangkap telah dipendekkan rangkap menjadi dua rangkap sahaja. Rangkap2 yang saya cipta sebenarnya mempunyai maksudnya sendiri. Apabila rangkap kedua sehingga terakhir dicantum menjadi satu rangkap, cara bacaannya turut berlainan.

Saya tidak pasti, samada DBPCS yang salah menghantar skrip ataupun UB yang memendekkan ruang dalam suratkhabarnya.

Ampun, ini bukan protes cuma saya perlukan penjelasan waima puisi itu pun bersikap kerdil.

roslan jomel said...

Salam.

Perkara sebegitu, kerap terjadi. Termasuk puisi saya terbit di Mingguan Malaysia. Tajuk GELOMBANG DI MATA, apabila tersiar, jadi GELOMBANG. Sudahlah begitu, ada beberapa kesilapan pada ejaannya.

Kata orang Jerman, To much! Make me angry already. :-)

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam hormat.

Lan, saya sudah pun menghantar email kepada Editor YIIB pagi tadi kerana inginkan penjelasan daripada mereka akan ketidakpuasan hati saya terhadap puisi yang diterbitkan itu. Saya bukan hendak menimbulkan kontroversi Lan, cuma nak menegakkan kebenaran daripada penulis terus2an diam karya nya diperkotak-katikkan tanpa apa2 penjelasan waima sang puisi itu sungguh kecil nilainya di mata mereka. Dan saya berharap serta menunggu jawapan mereka kepada persoalan itu. Moga pada masa akan datang, mana2 pihak mengerti akan hempas pulas seorang bergelar penulis dalam memecahkan keringatnya untuk dituangkan ke atas kertas atau PC...