Wednesday, March 05, 2008

Kerana Buku

ihsan foto dr web PALASARI Toko Buku Online


Oh...inikah namanya nikmat pencinta buku.

Kumpulan Cerpen Kekasih Sam Po Bo - Faisal Tehrani usai saya baca. Kesemua cerpen yang terkandung di dalamnya amat memuaskan hati saya. Dari unsur agama, humor, pemberotakan dalam jiwa terhadap isu2 semasa negara mahupun luar negara ditambah dengan ilmu pengetahuan yang baru - Faisal cukup bijak berkata dalam karyanya. Saya memang sudah lama meminati karyanya sejak kali pertama berjumpa di Merdeka Palace semasa Dialog Kalimantan Borneo sekitar tahun 2000 dan mendapatkan buku Kumpulan Cerpen Underground bersama Azman Ismail[kalau tak silap saya] dan novel Perempuan Politikus Melayu.

InsyaAllah, saya akan mendapatkan buku2 Faisal yang lain yang semuanya hot-hot belaka bunyinya.

Tiada yang lain bagi pencinta buku tatkala buku2 penulis yang diminatinya sampai ke pangkuan. Cuma ruang dan waktu lagi yang menjadi batas untuk keberlangsungannya membaca.

Saya sebenarnya gembira kerana selain Ujana Ilmu, rakan2 penulis di Semenanjung sanggup menghantar melalui pos buku2 mereka yang saya mahukan segera. Setakat ini, saya sudah berurusan dengan empat orang penulis itu - Serunai Faqir, Prof Muhd Kamil Ibrahim, Zalimatunura Isa dan Marsli NO. Mana tahu selepas ini saya akan berupaya berinteraksi dengan sihat antara penulis2 Semenanjung yang lain.

Cuma, sekarang ini, saya belum berpeluang mengulas satu-satu buku yang sudah saya hadami itu.

2 comments:

Anonymous said...

Rajin2 membaca. Jgn rajin membeli sahaja :D semoga dgn berkat membaca, buku2 tuan punya diri pula bakal terbang ke semenanjung tak lama lagi ;)

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam, terima kasih kak Za.

Seperti apa yg kak za kata, insyaAllah itu yang saya harapkan.

Buku2 kak za tu menjadi pendorong buat saya :-)

dan akan saya habiskan membacanya....hehehe..