Wednesday, April 23, 2008

Kuras-Kuras Kreatif Azizi Haji Abdullah - Menguras Hati



Malam tadi, saya selesai membaca Kuras-Kuras Kreatif Azizi Haji Abdullah.


Banyak ilmu yang saya dapat dari kejujuran penulis ini.


Saya tidak dapat bayangkan andaikata saya punya suami penulis seperti Azizi.


Adakah kesabaran saya mampu ke tahap bertahan dengan suami yang kerap berpergian dan tidak memberitahu isterinya ke mana mahu pergi dua tiga hari begitu.


Tetapi Azizi lain daripada kebanyakan 'lelaki-lelaki'.


Beliau hidup begitu untuk menghasilkan karya dan juga akan menyumbangkan habuannya juga pada anak dan isteri yang setia menanti di rumah.


Saya cukup tertarik dengan cara-cara Azizi menghasilkan karyanya seperti cerpen dan novel itu.


Sesekali, saya merasakan apa yang saya buat dalam menulis puisi pun mengikut jalan seperti Azizi. Saya jarang melakukan kajian sebelum mencipta puisi. Selalunya saya akan menulis puisi secara spontan bila tiba-tiba ilham mengunjungi benak saya. Kemudian, di masa yang lain dan terluang, saya akan memperbaikinya tetapi kebanyakannya saya tidak pernah mengeditnya. Mungkin itulah agaknya pengucapan puisi saya masih lemah. [Saya tidak maksudkan Azizi begitu]


Kepada yang mahu bergelar penulis yang prolifik, saya sarankan anda membaca karya Azizi Haji Abdullah ini - Kuras-Kuras Kreatif.


Anda pasti berpuas hati.


Saya ingat lagi kata-katanya, pengalaman diri lebih banyak membantu dalam bidang penulisan daripada kajian.


Benar, sesuatu yang datang dari hati adalah sungguh bersih, murni, segar dan hidup!


Selamat membaca.


Armiza Nila
p/s...setakat ini saya pernah membaca "Seorang Tua Di Kaki Gunung" - sungguh menyayat hati membacanya dan sekaligus pernah menonton dramanya semasa di zaman sekolah dulu meminjam buku teks sastera kakak saya.

No comments: