Monday, April 21, 2008

Santai Sastera Sejam API 2008



















































[foto-foto sekitar santai sastera sejam di Square Tower]

Salam.

Suka sekali saya ingin memperkatakan tentang Santai Sastera Sejam API 2008 yang telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 19 April 2008 bertempat di Square Tower KWF.

Pembicara undangan yang cukup hebat teks penyampaiannya iaitu saudara Taufek Firdausi - berbicara dari hati.

Antara tokoh yang turut hadir ialah Abdillah SM dan Pharo Abdul Hakim.

Manakala kerabat API yang lainnya ialah Zakaria Manan, Armiza Nila, Yusuf Fansuri, Zainal Abdin, Tajul Ashikin, Radin Azhar [wartawan Utusan Sarawak] dan tokoh yang dihormati API Sajali Mohamad.

Suka saya memetik teks Taufek Firdausi yang bertajuk "Gerakan Kesusasteraan Mahu Bagaimana - Pupus atau Terus Hidup".

Antara yang sempat saya catit iaitu beliau mengetengahkan penulis2 puisi yang boleh dibanggakan selain dari penulis puisi Membentuk Elok Di Teluk Esok - Abizai Abi. Mereka ini tidak kurang hebatnya dalam menyampaikan maksud dan pandangan hati dari matanurani penyair yang boleh dijadikan ikitibar kepada pihak yang berwajib [DBPCS] untuk diketengahkan. Antaranya puisi Sinora Azma - Kucing Kurap, Zakaria Manan - [lupa tajuknya - berkenaan membebat luka], Roslan Jomel - Saudara Yang Menggunting Kertas dan Bidadari Yang Berbaring Mengiring, Rosani Hiplie yang mengangkat isu masih adakah lagi wanita solehah di dunia fatamorgana ini.

"Kita mesti berlari dan ingin sentiasa melakukan sesuatu. Kita perlu ada blueprint/halatuju yang lebih strategik untuk menghadapi dunia lara sastera ini."

Selepas ini, santai sastera sejam merupakan aktiviti berterusan API pada setiap bulan untuk masa-masa akan datang di tempat yang sama.
Armiza Nila
melaporkan dari Kuching, Sarawak

No comments: