Thursday, November 16, 2006

Mama Unsang



Gambar : Wajah Mama Unsang di sisi suamiku (Hanafi) dan anakku ('Irfan)

Inilah wajah mama kandung suamiku yang telah 31 tahun tidak pernah dikenali rupa parasnya. Aku terperasan perasaan suamiku terhadap mamanya. Mama cukup baik melayan kami anak-beranak selama seminggu di Sualai.

Mama yang selalu sakit2 nampak cergas pula bila mendapati Nafi kembali ke pangkuannya. Memang sebak tika itu. Beritanya mama pernah dihantar oleh ambulan emergency ke Hospital KK kerana menghidap sakit paru-paru. Alhamdulillah, kami memanjatkan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Kuasa kerana telah menemukan kami terutama suamiku sebelum apa-apa yang tidak baik terjadi kepada mama.

Sepanjang di Sualai, mama tidak lokek berbelanja. Mengenangkan menantunya yang mengidam macam2, mama masakkan saja apa yang dimau saya mengalahkan melayan anaknya sendiri. Ketam bakau, udang sungai, daging pelanduk, kelupis, sayur bunga durian, ikan tamban masak empap masam, ikan semilang masak kuning semuanya saya rasai dengan enak sekali. Kak Lina (kakak sulung Nafi) adalah orang yang paling sibuk melayan keinginan saya. Pergi ke bandar Lawas, kak Lina berkejar2 mencari daging kerbau yang popular di Lawas kerana harganya hanya sekitar RM8.00 sekilogram. Bila dimasak goreng kering, manis rasa dagingnya mengalahkan daging lembu di Kuching.

Mama Unsang sibuk menyiang ikan tamban hidup untuk dibuat empap (bahannya terdiri daripada banyak asam kundur kering, cili giling, garam dan ajinomoto). Rasanya masam masin.

Memang pasal melayan anak yang lama sudah tidak bersua keluarga suamiku nombor satu. Aku cukup hiba berbaur gembira. Dalam keadaanku yang morning sickness yang teruk, mamalah yang melayani karenah 'Irfan dan Adib. Mama menyediakan Uyut (Buaian) - (Unggak) bahasa Kedayan dari kain batiknya untuk menidurkan anak-anakku. Apalagi 'Irfan yang jarang dibuai olehku, merasa seronok dan nyenyak sekali tidurnya.

Bahkan semua keperluan kami anak-beranak dipenuhi oleh Mama dan keluarga dengan sempurna.

Armiza Nila

3 comments:

Angkatan Pengkarya Indie said...

Alhamdulillah...segalanya tercapai juga. Moga peristiwa ini akan terus menjadikan anda menjadi insan yang lebih berjiwa. Amin!

Armiza Nila @ Maslina Mahbu said...

terima kasih saudaraku kerana masih sudi meruang mewaktu menjenguk lamanku. InsyaAllah, segala2nya akan tercapai biarpun berdikit-dikit.

Armiza Nila @ Maslina Mahbu said...

terima kasih saudaraku kerana masih sudi meruang mewaktu menjenguk lamanku. InsyaAllah, segala2nya akan tercapai biarpun berdikit-dikit.