Thursday, January 04, 2007

Suara hati




Suka saya mengutip dari laman s_s tentang suara hati - pengharapan tinggi saudara penulis kita Roslan Jomel mengenai kerabat API.

Tindakan ini bukanlah berupa membangga-banggakan diri cuma jadi motivasi untuk terus berkembang...

Saya sungguh senang sekali menjadi pendengar kepada kelainan pendapatdan buah fikiran daripada sesiapa sahaja yang arif di dalam dunia penulisan. Beg besar akan saya bawa untuk dipenuhkan oleh kebijaksanaan sdr2 penulis kita. Sarawak memiliki sdr Yusuf yang luas pembacaan dan geografi sasteranya yang telah merenjis bakat uniknya kepada pembaca, sdr Armiza yang bakal berdiri tinggi membawa berus pena lembut ke halaman kertas dengan lukisan pengalaman yang lebih matang. Kita berharap kepada sdr Armiza akan menyumbangkan bahasa puitis untuk memperincikan seribu persoalan dari kaca mata wanitanya dan kita juga memiliki sdr Zakaria Manan yang menyerongkan norma konvensi sastera negeri melalui puisi2nya - Roslan Jomel

3 comments:

Helmy said...
This comment has been removed by the author.
Helmy said...

Salam.

Macam gambar sebuah hotel di Damai Beach...

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

salam bang Helmi,

terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Saya berasa amat bangga dan terharu kerana anak seorang Sasterawan yang amat saya segani dan kagumi sudi berinteraksi dengan penulis kerdil seperti saya.

Gambar tu bukan di Damai Beach tapi di Santubong Resort.

Kalau datang ke Kuching, hubungilah saya bang Helmi. Boleh kita berbicara panjang sekitar sastera.

Saya boleh dihubungi di 013-8277451 / 082-311884.