Monday, February 12, 2007

Dewan Sastera RM8.00 (Sabah/Sarawak)

Salam---

Di sini saya ingin membuat pembetulan. Benarlah kata Maliah Adenan DS bermula Januari 2007 berharga RM8.00. Mata saya sendiri yang tertipu/tersilap pandang. Setelah membaca isi kandungannya muka surat ditambah 32 ms untuk Tunas Cipta yang mengakibatkan harganya naik mendadak dari RM4.50 ke RM8.00. Maafkan saya Maliah. Saya tidak bermaksud tidak percayakan anda.

Apapun, saya menghargai pertolongan beliau untuk mendapatkan DS lebih cepat daripada biasa sampai ke tangan saya.

Semoga DS terus bernyawa dalam memperkembangkan sastera MELAYU yang sudah banyak diperkatakan orang semakin terpinggir. Sedihnya kenyataan ini, kan... Namun, kitalah yang mampu untuk terus memartabatkan bahasa ini ke akhir hayat kita...

Armiza Nila

1 comment:

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

'Alaikumussalam Kak G [Sharifah Aziah]..:)

Lama saya cuba meneka siapakah gerangan anda. Hari ini hati saya berbunga ria kerana ketemu sahabat lama yang pernah begitu baik pada Miza.

Terima kasih kerana melawat blog saya dan meninggal pesan. Miza pun sempat melawat sedikit website kak G...agak sibuk...belum sempat habis membacanya.

Dah ada 2 puteri - seronoknya. Masa begitu cepat berlari kak G dan kenangan meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidup kita.

Semoga kita terus bersaudara walau di mana ceruk pun berada.

Armiza Nila boleh dihubungi di 013-8277451. Kg Semariang Batu.