Monday, February 05, 2007

Terima Kasih Bang Helmy Samad

Saya kembali menjenguk Blog Luluhkan Hatiku. Ternyata Bang Helmy Samad anak kepada Datuk A. Samad Said tidak memilih bulu - betapa luhurnya hati anak Sasterawan Negara ini. Saya berasa bangga kerana terpilih menjadi antara rakan blog di Pautan blognya.

Saya ingin menyatakan komen dalam entri beliau, tetapi entah kenapa sejak kebelakangan ini, saya menghadapi masalah di bahagian sign in for verification. Berulang kali saya menghabiskan masa begitu saja untuk publish komen tapi gagal.

Justeru itulah, saya berharap Bang Helmy dapat membaca entri saya ini.

Sesungguhnya, saya memang selalu nantikan kemaskini blog Luluhkan Hatiku.

Armiza Nila

2 comments:

Helmy Samad said...

Salam.

Terima kasih.

Masa mencemburui. Dalam memenuhi perancangan WBSB menerbitkan 8 judul untuk tahun ini blog saya seakan terabai.

Apabila sedang bertugas "banyak" yang terawang dalam kepala, namun apabila sudah berlabuh yang "banyak" itu ditelan keletihan.

Itulah yang "meluluhkan hatiku" kini...

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam,

Harap bersabar Bang Helmy. Jangan diluluhkan sangat hati Abang. Teruskan menerbit karya Pak Samad. Dari jauh saya menyokong usaha abang. Tahun ini, berhasrat mengumpul karya Pak Samad biarpun berdikit-dikit. Al-Amin pun saya belum habis baca.....