Wednesday, April 25, 2007

Menerokai suku bangsa Kedayan

Salam,

Saya berharap akan dapat menerokai suku bangsa Kedayan iaitu bangsa suami saya untuk saya jadikan bahan dalam pengkaryaan saya seterusnya.

Saya sebenarnya tertarik dengan bahasa yang digunakan oleh bangsa Kedayan untuk pertuturan.

InsyaAllah, sedikit masa lagi saya akan melakukan kajian demi kajian untuk membongkar keunikan bangsa Kedayan bagi ditumpahkan dalam bentuk kreatif.

Saya berbangga sebenarnya kerana berkahwin dengan lelaki berbangsa Kedayan walaupun bukan 'pure' lagi kata ibu mertua saya kerana mereka sudah kahwin campur dengan Melayu Brunei. Namun budaya dan bahasa Kedayan tetap melekat dalam kehidupan sehari-hari mereka yang penuh keunikan.

Ternyata, jejak kasih saya dan suami di Lawas tahun 2006 banyak mendatangkan ilham kepada saya yang begitu tebal cintanya terhadap adat dan tradisi kaum yang pelbagai di Sarawak.

6 comments:

SiLabi said...

terima kasih sbb berminat dlm menulis tentang org kadayan. kalau ada papa yg saya boleh tolong, bagi tau saja. btw, tahniah!

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

sdra silabi, sama2....insyaAllah niat saya yg murni itu akan menampakkan hasilnya dan saya tidak akan teragak2 memohon bantuan anda...

tapi, sayangnya saya belum memasang internet di gubuk kecil saya itu....kalaulah sudah ada IT di rumah, mungkin kerja tangan saya lebih lancar lagi...

A.S. Kasah said...

Assalamualaikum wbt,

Saya amat kagum diatas minat sdri terhadap suku kaum Kedayan. Saya juga berasl dari suku kaum yang sama dan sekarang menetap di KL. Untuk melayari blog saya sila pergi ke URL : http://itsurday.blogspot.com/

Terdapat banyak posting dan komen yang bernas berkaitan budaya dan tradisi suku kaum Kedayan di sana. Wassalam. Terima kasih

Anonymous said...

salam.
sy student upm dan saya diarahkan untuk mengkaji tentang jenis perubatan tradisional yang diamalkn oleh masyarakat kedayan.

hana farhana said...

salam...
saya student upm..saya sedang mengkaji mengenai adat perkahwinan kaum kedayan..bolehkah saya mendapatkansedikit info daripada saudari...

Anonymous said...

saya merasakan ada persamaan bahasa KEDAYAN sama bahasa BANJAR adakah kta bersaudara. Saya dari JOHOR semenanjung dan datang Ke LABUAN rasa kagum dan seronok mendengar pertuturan dialek KEDAYAN yang seakan.2 sama dialek BANJAR. Suku BANJAR berasal dari BORNEO juga iaitu di KALIMANTAN.