Tuesday, April 03, 2007

Ziarah Desa Serapi



Salam terima kasih buat staf admin dan seluruh kaum keluarga Poliku - Desa Serapi kerana menjemput saya untuk sama-sama menyertai Majlis Silaturrahim Baksri di Kuarters H.

Saya terkedu atas keprihatinan mereka menyambut majlis ini di samping meraikan perpindahan saya ke pejabat baru.

Ahad, 1 April 2007 dalam hujan lebat yang akhirnya reda sekitar jam 1.30 petang, Tuan Pengarah Poliku serta keluarga turut sama datang bertandang memeriahkan majlis ini. Sekali lagi saya terharu dengan kerjasama dan semangat silaturrahim yang ditunjukkan oleh mantan ketua saya ini.

Pelbagai lauk pauk Sarawak disediakan dan dimasak sendiri oleh warga Baksri yang turut menyaksikan tenaga kaum isteri dan anak-anak staf admin. Lauk ayam masak pansuh dalam buluh, ulam-ulaman cantik manis, kacang panjang, kacang ceper, timun, jantung pisang cukup menyelerakan dengan belacan bercampur kacang tanah, ayam goreng, sayur paku, ikan bawal masak merah, sayur umbut nyiur masak lemak, sayur campur, cencaluk dan ikan terubok turut menjadi jamuan tengahari itu. Alhamdulillah, saya, suami dan anak-anak kekenyangan walaupun tertinggal menonton konsert ke-4 AF5.

Saya berterima kasih yang tidak terkata atas jemputan ini. Semoga Baksri dan warga Poliku terutama staf pentadbiran akan terus lestari dengan pelbagai aktivitinya. Sebagai bekas ahli dan antara yang pernah menjadi AJK Tertingginya, saya mendoakan kebaikan untuk mereka semua dan insyaAllah akan menyokong dari belakang walaupun jasad saya tidak ada lagi di sana...

Armiza Nila, Semariang Batu, 3 April 2007

2 comments:

Rudy said...

Terima Kasih kerana sudi menghadiri Majlis anjuran Baksri Kak mas. Walaupun hari ujan. Terima Kasih, dari kmk urg di BAKSRI.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Sama-sama. Teruskan aktiviti anda k. Kirim salam dengan Mohd Ali Edmund Lee...