Friday, July 06, 2007

Hari Pertama Setelah Dua Bulan

Pagi ini, saya kembali ke kantor setelah dua bulan berkurung di rumah (dalam amben).

Segalanya tenang, dari awal Subuh saya bangun.

Jam 7.00 pagi saya bergegas memasuki kancil yang telah dipanaskan enjinnya oleh suami.

Setelah membaca doa naik kenderaan saya mereverse dgn selamba dan memerhati cermin pandang kanan sahaja sambil memandang remeh cermin pandang kiri. Ada sebuah kancil putih parking di sebelah kiri saya. Saya terus mereverse....dan tum.....dan terdengar jeritan suara lelaki yg berdiri di tepi kancil itu. Saya pun memandu ke depan dan nak tahu apa yang terjadi. Rupa2nya saya terlanggar kancil putih itu ketika mereverse kereta. Pintu kiri saya scracth agak besar jugak dan kereta lelaki itu kemek sedikit.

Saya bergetar kedua belah tangan dan kaki. Jam sudah 7.20 pagi. Suami mendapatkan saya dan cuba berbincang dengan lelaki itu. Saya dibenarkan suami terus memandu ke pejabat. Hati saya penuh debaran sehingga selamat saya ke pejabat.

Beberapa minit, suami menelefon. Katanya, petang nanti, lelaki itu akan ke rumah meminta wang ganti rugi kerosakan keretanya.

Saya mengurut dada.... Ya Allah! Apalah nasibku ini. Sudahlah baru nak turun kerja, ada saja masalah yang melanda. Nak salahkan siapa. Saya sendiri yang cuai atau lelaki itu yang memparkirkan keretanya secara menyenget ke kanan yang menghalang jalan lurus kereta saya di kawasan letak kereta rumah saya sendiri. Alahai...... entahlah... dan saya tidak pasti berapakah jumlah wang yang akan dituntut oleh lelaki itu?!

Pengajaaran buat saya kerana sudah agak lama tidak memandu kereta. Terasa agak kekok dan takut-takut dan terlebih berhati-hati...inilah habuan yang saya dapat.

Semoga hari-hari mendatang pemanduan saya selamat....

Armiza Nila
KKKS

2 comments:

pharmy53 said...

Hati-hatilah..baru lepas amben ya..

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Terima kasih bang Pharo.Semoga dpt berjumpa di Majlis Dialog Bahasa jumaat ini. Saya baru dapat pelepasan dari bos, alhamdulillah...nampaknya bos mengerti perjuangan saya sebagai penulis yg serius meskipun berapa keratlah sahaja tulisannya...

Miza harap selepas ini, kita boleh mengadakan pertemuan dari rumah ke rumah demi menyemarakkan sastera.

Bang, saya susah utk berpersatuan kerana saya rasa tidak punya daya memberikan komitmen. Saya lebih senang mengalir bersama API tapi saya tidak pernah menidakkan kehadiran persatuan bernama PEKASA.

Salam hormat.