Thursday, May 03, 2007

Malam Baca Puisi Islam DBPCS

Salam,

Terima kasih warga DBPCS kerana menjemput saya selaku penonton sempena Malam Puisi Islam di DBPCS Balai Budaya pada Jumaat jam 8.00 malam 4 Mei 2007.

InsyaAllah, jika saya belum bersalin pasti saya akan memenuhi undangan itu kerana saya memang meminati puisi dan lebih2 lagi deklamasi.

Saya sendiri sudah lama tidak berdeklamasi di peringkat bahagian mahupun negeri.

Teringat saya saat paling manis dijemput KPSU sebelum ini mendeklamasi puisi secara Trio di Stadium Perpaduan sempena Ambang Kemerdekaan Tahun 200... (saya dah lupa) bersama Zakaria Abdul Manan dan Malek Hassan. Pada saya, itulah saat mendeklamasi puisi yang paling bermakna dalam hidup saya - berpuisi di hadapan ribuan manusia dengan diselangi muzik seruling dan orkestra. Rasa macam artis pun ada.... Apa pun semuanya tinggal kenangan saat ketika itu puisi menjadi satu acara berprestij baik jadi bacaan pada umum mahupun ketika Sayembara di Dewan Suarah Kuching.

Saya berharap selepas ini Aura Puisi akan terus bergema dan menyelusuri setiap darah dan bentuk nadi para penyair Sarawak.

Armiza Nila
Kuching

3 comments:

Helmy Samad said...

Salam.

Tahniah Puan Maslina! Semoga Munifah Basyirah membawa sinar penyeri dengan kehidupan penuh makna. Amin.

Anonymous said...

Salam Maslina,

Tahniah. Salam perkenalan.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam Bang Helmy Samad,

Terima kasih dan tahniah juga atas kelahiran Ali pada 30 April yg lalu. Semoga kelahiran cahayamata kita akan tambah menyerikan lagi suasana rumahtangga yg penuh ujian dan dugaan itu!