Tuesday, September 04, 2007

Ice Lemon Tea dan Roti Kawin....

Tengahari yang hujan - saya dan kawan lama merancang sejak semalam bertemu jam 1.15 petang tadi di Mahkota Cafe di sebelah bangunan pejabat saya.

Sudah agak lama kami tidak berjumpa apatah minum semeja dan berbual mesra dengannya.

Saibah, kawan baik saya yang pernah tidur sebantal sekatil, minum secawan makan sepinggan semasa mula2 saya berkhidmat dengan kerajaan sebagai kakitangan di State Government 7.7.1997 amat keletah orangnya ketika berbicara.

Bicara kami diselang-seli dengan gelak ketawa. Terasa kenangan lama cukup indah dan masih segar di ingatan.

Barangkali selepas ini akan terus ada pertemuan demi pertemuan bagi mengeratkan hubungan persahabatan dan persaudaraan sebagai orang Islam.

Di samping itu, saya juga sedang giat mempromosikan kepada rakan2 produk HPA [Herba Penawar Al-Wahida] untuk mengecapi kehidupan yang sihat dalam produk buatan orang Islam.

Semoga usaha saya untuk menambahkan pendapatan keluarga akan berhasil berkat kesabaran, ketabahan dan insyaAllah kemurahan hati terhadap sesama manusia.

Armiza Nila
KKKUC

2 comments:

Serunai Faqir aka SF said...

roti kawin? hehehhee

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

dik SF....

semua makhluk Allah berpasangan...inikan pula roti...pun boleh dikawinkan baru sedap....macam lelaki dan perempuan dikahwinkan barulah dapat merasai nikmatnya....hmmmmm....