sayu hati mengenang
kekasih yang akan pulang
dan entah kapan kan bersua
lagi seperti ini
ramadhan kali ini
penuh makna
buat seorang ibu
seorang isteri
dan seorang wanita
segala-galanya menuntut kekuatan
menguji kesabaran
antara amalan diri
dan amanah Tuhan
saling bersentuhan
ya Rabbi!
Kau berilah senafas lagi
untuk kumenghayati
makna keinsafan
yang sebenarnya
dari tahanan
sementara ini
sebelum kukecapi lagi
syahdu rindu ramadhan.
Armiza Nila
30 Ramadhan 1428H.
Pemikiran Telus
15 years ago
2 comments:
Assalamualaikum wbt,
Sila lawati lamanweb http://itsurday.blogspot.com/
untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan sukukaum Kedayan / Kadayan. Terima kasih.
webmaster
Salam,
Terima kasih atas info....dan saya byk memanfaatkan blog itu..
Post a Comment