Monday, April 28, 2008

Hari yang meletihkan....ahhhhhhh...exam...exam...exam...

Salam,

Pada tiga hari berturut-turut mulai hari ini, 28/29/30 April 2008, saya telah dan akan menghadiri peperiksaan KPSL untuk memasuki Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N27. Saya exam pada sebelah pagi sehingga jam 12.30 tengahari saja.

Pagi ini, saya memandu kancil ditemani bapa kerana sudah sekian lama saya tidak memandu sejauh itu ke Pusat Latihan Sarawak [JAKIM] yang terletak di Telaga Air, Matang.

Selepas habis ujian, saya pun memandu pulang bersama bapak. Sampai di rumah jam 13.38 tengahari. Makan mi sedap goreng yang mak sediakan dan minum air sejuk, terus saya beredar ke pejabat jam 13.58 petang. Sampai ofis jam 2.15 petang.

Hari ini adalah hari yang amat meletihkan bagi saya kerana kedua-dua tenaga saya perahkan. Otak juga tubuh badan ini. Kaki saya berasa lenguh dek perjalanan yang jauh.

Saya buat kerja pada sebelah petang seadanya saja.

Kawan-kawan, doakan kejayaan saya dan keselamatan saya sepanjang pemanduan 3 hari berturut-turut yang maha jauh ini.

Saya mengambil masa 40 minit perjalanan pergi 60 km/jam dan 1 jam lebih perjalanan 60 km/jam pulang.

Moga hidup pada masa mendatang bisa berubah berkat usaha dan lelah payah. Amin.

5 comments:

Penabahari said...

Semoga kejayaan menybelahi Armiza. Semoga sukses dalam peperiksaan.
Amin

" S E M A N D I N " said...

Tahniah. Kerna hidupkan Puisi Jalanan. Nostalgia Grup Pemuisi Tepi Jalan. Shah Alam

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam,

Terima kasih bang Pharo atas doa abg. Moga termakbul hendaknya atas keizinanNya jua. Amin.

Sdra Mail, terima kasih juga. Kami di Kuching berbangga kerana masih dapat menghidupkan Puisi Jalanan. Saya sudah senang melakukan aktiviti itu walaupun tidak dijanjikan imbuhan. Yang penting ketulusan dan keikhlasan hati untuk memasyarakatkan puisi dan sastera itu sendiri. Aktiviti ini antara aktiviti sihat yang boleh dijadikan kayu ukur oleh para remaja yang kebanyakannya sesat di tengah padang fatamorgana.

Ayuhlah pemuda-pemudi! Mari kita hidupkan Puisi Jalanan.

Anonymous said...

selamat maju jaya.

hari sabtu tok kamek baca puisi bersama color me arts di waterfront kuching, 3pm-5pm.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam fahmi.

Ohhh..baguslah...sama kebetulan dengan pra tonton filem pendek API. Lepas ya kamek akan ke sia ok. Harap berjumpa.