Tuesday, August 12, 2008

Ke Luar lagi

Salam, malam esok saya akan ke Port Dickson pulak .. jam 8.50malam naik Air Asia coz MAS fully book...

kali pertama ke pd dari LCCT

Mungkin boleh jumpa Nisah Harun di Seremban, NS

4 comments:

IdzaRis said...

TERUSKAN USAHAMU KE PUNCAK JAYA..

Nisah Haji Haron said...

Maslina,
Terima kasih kerana sudi singgah di Seremban/Senawang tempoh hari. Meskipun pertemuan itu sekejap tetapi percayalah, pertemuan itu sungguh bermakna buat saya.

Terima kasih juga kerana bersusah payah membawakan kek lapis sarawak & ikan pekasam 'all the way' dari Kuching.Maaflah, kalau balasan dari saya tak setimpal mana. Itu sahaja yang sempat saya bawakan.

Harapan saya, akan ada pertemuan lagi, insya-Allah.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

salam, Idzaris, terima kasih atas doa dan juga kunjungan

Salam hormat dari Armiza Nila

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam buat Nisah Haron,

Saya juga memohon maaf kerana terlalu terdesak dan minta Nisah berjumpa saya di Senawang.

Saya terlalu gembira ketemu Nisah dan mendapatkan buku yang saya idam-idamkan.

Untuk makluman, itu bukan ikan pekasam tapi IKAN TERUBOK MASIN yang begitu sinonim dan popular dengan Sarawak. cubalah masak goreng campur tepung KFC atau dikukus atau dimasak lemak cili api. Pasti menyelerakan. basuhkan dulu, buang garamnya.

Maaf, kek lapis itu saja yang sempat saya bawa. Kalau tidak ke KL, mungkin saya boleh borak lama dengan Nisah.

Terima kasih atas Tawarikh Cinta. Banyak yang bakal saya belajar darinya . :-)

InsyaAllah, kita ketemu lagi dan bersyukur kerana akhirnya bertemu muka juga dengan penulis yang saya kagumi!

Salam hormat dari Kuching.