Thursday, February 18, 2010

Hajat dan Nazar

Semalam, saya telah menunaikan nazar yang sekian bulan belum terlaksana. Saya tidak rasa bersalah lagi kerana menunda-nunda nazar tersebut.

Saya ke Rumah-Nya dengan penuh kesyahduan. Di usia 34 tahun, baru sekali itu saya merasai kesyahduan bersolat jemaah di Masjid Jamek Negeri Sarawak.

Saya cuba menjinak-jinakkan hati untuk bersolat jemaah di Masjid ini di samping bertujuan membawa anak-anak mengaji bila mereka mencapai umur 7 tahun dan ke atas. Serasa lama juga menanti anak semakin menganjak usianya.

Di usia yang kita tidak jangka bilakah sampainya masa kita kembali ke serbamula, marilah kita pertingkatkan amalan, mengimarahkan surau dan masjid di kawasan kediaman dan daerah, bahagian atau negeri tercinta kita ini.

2 comments:

sHarY said...

salam ziarah~
semoga berjaya mndapatkan apa yang diimpikan..
teruskan perjuangan kak ya..hehe..
jgn tertangguh-tangguh~

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

salam ziarah Shary...em..penulis kelahiran Sabah ya.....

teruskan juga berkarya dik...kakak pun tidak mahu menangguh-nangguh lagi..satu penyeksaan dik..