Thursday, December 28, 2006

Tergoda oleh Astro




Akhirnya hari ini saya tergoda juga oleh promosi melanggan Astro khas untuk staf Kementerian Pelajaran Malaysia. Daftar dan pemasangan percuma dengan bayaran 3 pakej mini RM49.95 sebulan dan perjanjian 2 tahun [kalau berhenti dalam tempoh kena bayaran RM500.00].

Saya bersetuju melanggan 3 pakej mini yang berfaedah untuk perkembangan minda anak-anak dan minat suami serta keperluan diri saya iaitu Learning, Fun & Sport. Saya terjebak juga melanggannya kerana selama ini memerhatikan minat anak belajar melalui rancangan televisyen. Anak sulung saya 'Irfan selalu menunjuk aksi jenaka dan pintar yang ditirunya daripada rancangan TV terutamanya bab iklan. Di situ saya melihat pengaruh rancangan TV yang baik untuk perkembangan minda anak-anak saya. Si Adib yang baru berusia 15 bulan sudah pandai meniru aksi iklan TV3 dengan berjoget dan menyebut TV3. Saya seronok melihat kepetahan anak-anak.

Bukan itu saja, saya cuba mengajar anak-anak bertutur dalam bahasa Inggeris untuk melatih mereka sedari kecil agar memahami dan fasih berbahasa English bila mereka masuk ke alam persekolahan kelak. Oleh itu saya melanggan Fun yang menyediakan rancangan kartun berbahasa Inggeris. Sedikit sebanyak anak-anak akan memahami bahasa itu dengan mudah hendaknya. Saya tahu pengaruh TV begitu kuat dalam perkembangan hidup anak-anak. Namun saya akan pastikan masa anak-anak akan dapat diselaraskan dengan sebaiknya antara pelajaran dan hiburan.

Semoga usaha saya ini tidak akan sia-sia. Saya juga mengenangkan minat suami dalam bidang sukan lalu memilih Sport dan sudah pastinya kita boleh menonton kejayaan2 ahli sukan yang boleh menjadi contoh atau sekadar berhibur terutamanya sukan bolasepak yang amat suami minati.

Dan saya sendiri memilih Learning kerana saya minat rancangan Animal Planet dan Discovery untuk menjelajah dunia alam sains, teknologi mahupun flora dan fauna. Dan insyaAllah ia bakal memperkayakan ilmu dan pengetahuan saya untuk ditumpahkan dalam bentuk karya.

Armiza Nila

2 comments:

dahirisaini said...

miza, kdgkala kita lupa bahawa yg jahat itu dpt memberi kesedaran dlm diri, begitu juga dgn sebahagian dari rancangan astro, di situlah mula saya mengenal nilai kemanusiaan yang tinggi terutamanya cannel 10, salam hormat.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

terima kasih atas informasi anda bang Dahiri.

insyaAllah, jika niat kita betul apa yang kita hajati atau bakal nikmati akan berada di landasan yang lurus juga.

tidak salah kita menggunakan apa saja untuk memperkayakan lagi dunia penulisan kita kan...