Wednesday, December 17, 2008

Selesai sudah kolokium penulis pelbagai kaum 2008

Kolokium kali ini terasa bahangnya dengan kelibat Paul Nanggang, Abang Patdeli Abang Muhi, Saiee Driss, Jais Sahok, Jaya Ramba, Jong Chian Lai, Hazami Jahari, Mohammad Daud Mohammad sebagai peserta mahupun pembentang.

Penulis muda dan penulis veteran bertembung pendapat dan pandangan. Pro dan Kontra.

Saya belum dapat mengulasnya di sini. InsyaAllah, di waktu terluang akan saya ulaskan sebaik mungkin.

Saya akui suara saya sepi semasa kolokium tapi biarlah saya menulis di sini kerana ini adalah bahagian saya.

Tunggu...buah tangan dari saya...

Armiza Nila
Kuching
17 Dis 2008

2 comments:

Saiee Driss said...

Wajahmu terpampang di blog saya dalam ulasan mengenai kolokium itu. Saya harap anda akan terus gigih berkarya sehingga berjaya ke arena perdana. Anda ada potensi untuk ke situ.

Maslina Mahbu @ Armiza Nila said...

Salam Bang Saiee...

Terima kasih atas ketulusan hati anda. InsyaAllah kita sama2 belajar kerana proses pembelajaran saya masih terlalu jauh dan panjang sebelum mencapai sesuatu tahap yang membanggakan.

Jika dibandingkan dengan penulis2 muda Sarawak yang lain mreka itu tinggi pendidikannya berbanding saya yang kerdil ini.

Apa pun , bakat tidak memilih pendidikan. Itu yang saya yakini selama ini.