Wednesday, September 05, 2007

Ulangtahun Putera2ku

Salam,

Aduh..betapa tahun 2007, saya digerumuni oleh kesibukan tugas sembari aktiviti luar untuk menampung pendapatan isi rumah yang kian bertambah sehinggakan untuk menyambut ulangtahun kelahiran kedua-dua putera saya pun tidak sempat.

Muhammad 'Irfan Musaiyar menyambut ulangtahun ke-3 pada 17 Jun 2007 dgn hanya sebuku kek coklat kecil. Gembira juga hati 'Irfan dengan meniup 3 batang lilin kecil di atasnya.
Muhammad Adib Nifail menyambut ulangtahun ke-2 pada 01 September 2007 sehari selepas sambutan kemerdekaan ke-50, hanya dengan ciuman dan pelukan mama juga suara ucapan dari corong handphone ayahnya yang jauh di Sematan.

Sebak hati saya kerana belum berkesempatan menyambut hari kelahiran mereka dengan acara menjemput anak-anak jiran serta sanak-saudara terdekat seperti biasa.
Apapun, saya mendoakan kedua-dua putera saya ini akan membesar dengan didikan sempurna saya seorang ibu berkerjaya yang begitu terbatas masanya [sebelah malam] saja untuk menatap dan melayani segala karenah dan kehendak anak-anak untuk terus bermanja.

InsyaAllah dengan sepenuh kasih sayang dan kelembutan hati seorang ibu serta ketegasan dalam mendidik mereka, putera-putera saya ini akan menjadi modal insan yang cemerlang, terbilang dan gemilang untuk bumi bertuah ini.

Amin.

Armiza Nila
Semariang Batu, Kuching.

Tuesday, September 04, 2007

Belanjawan Untuk Para Wanita...

Bijak Menabung: Labur saham amanah tiada risiko


TIGA dekad lalu, mungkin kita pernah mendengar ada kalangan suri rumah menyimpan wang mereka dalam tin susu, di bawah bantal ataupun tilam untuk kegunaan masa susah. Ketika itu mereka mungkin tidak pernah mendengar istilah simpanan jangka masa panjang tetapi apa yang dilakukan adalah bagi memastikan mereka mempunyai wang pada saat kecemasan ataupun untuk kegunaan masa depan.

Muktahir ini, ramai wanita yang mula prihatin perlunya menabung untuk hari tua. Walaupun tidak ramai yang memahami mengenai simpanan dan pelaburan namun daripada kajian yang dijalankan didapati wanita lebih bertanggungjawab terutama apabila menjadi peminjam di institusi kewangan berbanding lelaki.



Sehubungan itu, wanita bekerjaya ataupun yang mempunyai perniagaan sendiri perlu memasukkan perancangan kewangan sebagai salah satu agenda penting dalam kehidupan mereka seharian. Mereka perlu memikirkan masa depan misalnya dengan menentukan matlamat jangka pendek termasuk di segi peningkatan kerjaya ataupun menyambung pengajian di mana-mana institusi pengajian tinggi.

Mereka juga harus menentukan matlamat jangka masa sederhana dengan merancang untuk membeli hartanah untuk kediaman sendiri ataupun sebagai pelaburan bersama suami. Selain itu, mereka perlu ada simpanan tambahan dengan kecanggihan teknologi perubatan masa kini, wanita didapati hidup lebih lama daripada lelaki. Kajian 2004 mendapati jangka hayat lelaki 70.3 tahun manakala wanita pula 76.2 tahun. Justeru, wanita perlu memikirkan kehidupan mereka pada masa depan dengan membuat persediaan rapi agar tidak menjalani kehidupan sukar di kemudian hari.

Salah satu cara yang boleh mereka lakukan adalah dengan membuat tabungan bulanan dalam saham amanah untuk tempoh lima atau 10 tahun.

Wanita bekerja dan mempunyai keluarga, biasanya bukanlah pelabur berisiko tinggi dan pilihan paling tepat bagi mereka adalah dengan melabur dalam saham amanah. Ramai yang tertanya-tanya apakah itu saham amanah dan terkeliru dengan membuat andaian bahawa saham amanah adalah sama seperti membeli saham di Bursa Malaysia.


Andaian itu tidak tepat sama sekali. Pelaburan yang dibuat di Bursa Malaysia adalah pelaburan secara langsung sedangkan saham amanah pelaburannya diagihkan dalam beberapa porfolio termasuk bon, simpanan tetap, bil-bil perbendaharaan kerajaan, pelaburan luar negara dan juga pelbagai kaunter dalam Bursa Malaysia.

Kepelbagaian pelaburan ini yang menjadikan saham amanah itu stabil dan berisiko rendah sementara mampu memberi pulangan tinggi, purata antara 10 hingga 15 peratus setahun. Pulangannya menerusi tiga cara iaitu dividen, bonus unit dan juga peningkatan atas modal dan ia bergantung pada matlamat dana yang dipilih.

Dalam pelaburan,ungkapan yang biasa didengar: Jangan letak semua telur dalam satu bakul, ada baiknya mempunyai banyak bakul telur kerana jika satu jatuh dan terpecah, ada yang lain lagi untuk menampung. Konsepnya sama dalam saham amanah terutama yang dikendalikan oleh institusi kewangan kerana pelaburan ini dikendalikan pihak profesional yang diselia Suruhanjaya Sekuriti dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia.

Pelaburan dalam saham amanah perlu seiring dengan matlamat individu iaitu bagi tabungan jangka masa sederhana dan panjang, untuk tempoh lima ataupun 10 tahun. Yang menjadi cabarannya apabila pelabur tidak mempunyai masa tempoh masa minimum sekurang-kurangnya tiga tahun. Dalam saham amanah, selain wang, faktor masa menjadi aset terpenting.

Perancangan hari ini bakal menentukan kehidupan kita masa depan. Ramai yang mula bekerja begitu ghairah berbelanja sedangkan ada baiknya sediakan payung sebelum hujan dan beringat-ingat sebelum terkena. Apabila sikap boros menjadi kelaziman hidup, peritnya akan terasa pada masa depan kerana tidak mempunyai tabungan ataupun simpanan. Hidup perlu dinikmati tetapi biarlah berpada-pada dalam berbelanja supaya tidak menyusahkan diri sendiri.

Ungkapan sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit seharusnya menjadi amalan. Wanita yang memperuntukkan sebahagian wang gajinya sebagai simpanan adalah wanita berwawasan yang prihatin kehidupan mereka masa depan. Jika mereka menabung sebulan RM200 selama 10 tahun dengan kadar purata pulangan 12 peratus setahun, simpanan mereka akan berkembang RM46,500 dan jika mereka terus menyimpan lima tahun lagi, jumlah ini akan berkembang pada RM101,000!

Pelaburan ini bersifat kumulatif. Contoh paling mudah, katakan ketika ini anda membeli sebuah rumah dua tingkat yang harganya RM150,000 dan anda membuat pinjaman bank sebanyak RM130,000 untuk tempoh 30 tahun. Setiap bulan anda membayar RM1,200 dan jumlah keseluruhan bayaran balik anda adalah RM432,000. Mekanismanya sama cuma kini dengan membuat tabungan bulanan secara konsisten, anda memberi peluang wang anda bekerja lebih keras untuk anda!

Bayangkan RM50,000 yang anda miliki kini berkembang lebih RM200,000 dalam tempoh 15 tahun seandai anda meletakkannya dalam instrumen pelaburan yang mampu memberi pulangan 10 peratus setahun. Jika pulangannya 12 peratus setahun pula, nilai tabungan anda adalah RM274,000 dan jika pulangannya 15 peratus, simpanan anda berkembang lebih RM400,000!

Tanya diri dan bukalah minda. Jadilah pelabur bijak!

Artikel ini ditulis oleh Perunding Kewangan, Inspired Vision Agency, Kelana Jaya, Suraiya Mohd Nor. Ingin mendapatkan maklumat lanjut, hubungi beliau di talian 013-3311981 atau e-mel: suraiyanor@yahoo.com.

Armiza Nila : Sumber Dari Berita Harian, Khamis, 4.9.07
p/s.....diharap selepas ini saya dan seluruh kaum wanita bijak menabung utk masa depan kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada waktu itu nanti....sediakan payung sebelum hujan....

Ice Lemon Tea dan Roti Kawin....

Tengahari yang hujan - saya dan kawan lama merancang sejak semalam bertemu jam 1.15 petang tadi di Mahkota Cafe di sebelah bangunan pejabat saya.

Sudah agak lama kami tidak berjumpa apatah minum semeja dan berbual mesra dengannya.

Saibah, kawan baik saya yang pernah tidur sebantal sekatil, minum secawan makan sepinggan semasa mula2 saya berkhidmat dengan kerajaan sebagai kakitangan di State Government 7.7.1997 amat keletah orangnya ketika berbicara.

Bicara kami diselang-seli dengan gelak ketawa. Terasa kenangan lama cukup indah dan masih segar di ingatan.

Barangkali selepas ini akan terus ada pertemuan demi pertemuan bagi mengeratkan hubungan persahabatan dan persaudaraan sebagai orang Islam.

Di samping itu, saya juga sedang giat mempromosikan kepada rakan2 produk HPA [Herba Penawar Al-Wahida] untuk mengecapi kehidupan yang sihat dalam produk buatan orang Islam.

Semoga usaha saya untuk menambahkan pendapatan keluarga akan berhasil berkat kesabaran, ketabahan dan insyaAllah kemurahan hati terhadap sesama manusia.

Armiza Nila
KKKUC

Tentang Idaman Sang Wanita...

Personaliti diri tarik perhatian

Oleh Halina Mohd Noor

Pelbagai faktor diambil kira bentuk imej diri sempurna bukan sekadar solekan, aksesori atau tubuh langsing

RAMAI lebih mementingkan gaya daripada membina imej diri yang baik. Mungkin kerana ada banyak mitos berkaitan imej diri yang menyebabkan salah anggap terhadap maksud sebenarnya. Misalnya apabila menyentuh mengenai kecantikan, ramai yang menggambarkan sifat seperti tinggi dan ramping, solekan sempurna dengan aksesori menawan sebagai cara mengukur imej seseorang.

Perunding Imej dan Pengarah Urusan Asset Tree, Chung Siak Eoi, berkata banyak faktor boleh diambil kira dalam membentuk imej diri sempurna. Memang tidak dinafikan solekan dan aksesori digayakan sebagai sebahagian cara untuk menghasilkan imej diri menarik, tetapi ada faktor lain yang lebih penting perlu dipertimbangkan.


“Cara anda berjalan sudah boleh memberitahu orang di sekeliling mengenai diri anda atau apa yang sedang anda rasakan. Begitu juga dengan cara bercakap. Orang yang bercakap dengan kuat, lazimnya dikatakan cuba mengatasi rasa rendah diri yang ada di dalam jiwanya atau cuba menarik perhatian orang di sekelilingnya.

“Sebaiknya berjalan dengan teratur dan bersemangat. Apabila bercakap, kurangkan pergerakan tangan atau gunakan suarakan yang lembut tetapi jelas. Tidak perlu menjerit-jerit kerana ia membuatkan anda kelihatan langsung tidak menarik apatah lagi anggun,” katanya.

Siak ditemui pada bengkel ‘Bond with Pride’ anjuran Pride Foundation baru-baru ini. Bengkel sehari yang dirasmikan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, bermatlamat memberikan tip dan cara praktikal untuk mereka yang pernah dihinggapi barah payu dara.

Seramai 100 pesakit dan mereka yang sembuh daripada barah payu dara menghadiri bengkel berkenaan yang turut menyediakan pelbagai aktiviti seperti rawatan spa dan bengkel kesihatan.

Beliau berkata, imej diri tidak wajar diukur dengan sifat tinggi dan langsing sebaliknya kegembiraan dan keyakinan diri yang ditampilkan oleh individu terbabit. Tiada guna memiliki tubuh tinggi lampai dan kurus, tetapi berpenyakit sehingga sering kelihatan pucat atau tidak berseri.

“Saiz bukan menjadi perkara utama sebaliknya pastikan diri anda sihat. Tubuh sihat menjadikan anda lebih yakin dengan diri sendiri dan kelihatan gembira selalu. Keyakinan adalah aksesori penting yang perlu ada dalam diri setiap individu. Anda perlu bersikap optimis untuk menambah keyakinan diri.

"Senyuman pula adalah solekan sebenar untuk mendapatkan rahsia wajah berseri. Tidak guna bersolek tebal, tetapi wajah sentiasa kelihatan masam dan menakutkan orang lain. Senyuman bukan saja membuatkan anda mudah didekati, tetapi juga melegakan 26 otot sekeliling wajah. Jika masam selalu, 62 otot wajah mengalami ketegangan dan akibatnya wajah mudah berkedut, membuatkan anda kelihatan lebih tua,” katanya.

Beliau berkata, selain membina imej diri, memilih cara berpakaian yang betul juga adalah rahsia tampil menawan. Memilih pakaian sesuai perlu bergantung kepada bentuk badan. Walaupun bagi wanita ada sekurang-kurangnya tujuh bentuk tubuh, kebanyakan wanita di negara ini memiliki tubuh berbentuk buah pir.

“Wanita dilahirkan dengan pelbagai bentuk seperti gitar, lurus, buah pir berlekuk dan sebagainya. Terpulang kepada kebijaksanaan anda untuk menutup bahagian yang dirasakan ada kekurangan. Misalnya jika bertubuh bentuk gitar, elakkan daripada menggayakan pakaian yang memiliki garisan pada pinggang.

“Elizabeth Taylor adalah selebriti yang memiliki bentuk tubuh ini. Jika berbentuk buah pir, pastikan pakaian dipilih tidak menyerlahkan lagi bentuk punggung dan paha yang besar,” katanya.

Pemilihan warna tidak semestinya bergantung kepada warna kulit. Kata Siak, adalah salah untuk bertanya mengenai warna sesuai untuk warna kulit tertentu. Jangan bimbang kerana tidak kira anda berkulit gelap atau putih kuning, anda boleh menggayakan apa saja warna digemari.

“Warna boleh membuatkan anda kelihatan hangat atau sejuk. Fabrik berasaskan warna kuning boleh menjadikan anda kelihatan hangat jika digandingkan dengan aksesori keemasan atau warna tembaga untuk rambut. Sekiranya ingin tampil sejuk, gayakan fabrik berasaskan warna biru dengan aksesori daripada perak atau platinum.

“Pemilihan fabrik sesuai juga boleh menghasilkan kesan tertentu. Misalnya fabrik lembut dan nipis, melahirkan kesan kewanitaan. Sebaiknya, rancang penampilan anda seminggu lebih awal sama ada ingin kelihatan ceria, bahagia atau kelihatan muram,” katanya.

Armiza Nila : Sumber dari Berita Harian, Selasa, 4 Ogos 2007

Thursday, August 30, 2007

Selamat Menyambut 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia

Bismillahirrahmaanirrahim.

Salam sejahtera buat semua rakyat Malaysia.

Saya mendoakan semoga roh tanahair tercinta ini akan terus berlalu tenang sambil menghirup udara 50 tahun kemerdekaan tepat jam 12.00 tengahmalam ini.

Mudah-mudahan tiada apa-apa yang tidak baik terjadi ketika syok mahsyuk menyambut kemerdekaan dengan cara apa sekalipun.

Salam Merdeka
Armiza Nila
Kuching Sarawak Malaysia
30 Ogos 2007, jam 4.44 pm

Di Sebalik Makna Kemerdekaan...





apakah sudah merdeka?
jiwa kita yang terkurung

apakah sudah merdeka?
naluri kita yang terpasung

apakah sudah merdeka?
keMelayuan kita digantung-gantung
bak barang dagangan dalam pasaran saham

apakah sudah merdeka?
saat anak bangsa kita
berduyun-duyun masuk-keluar
pusat serenti
beratus ribu duit dititipi
buat memulih 'mereka' yang tidak pernah
mengerti
ataupun ambil peduli

apakah sudah merdeka?
ketika langit Islam
seperti dibahang lahar berapi
dikotak-katikkan umatnya sendiri
demi membusung perut yang pekasa

apakah sudah merdeka?
waktu akidah dan akhlak
tidak lagi berjalang seiring

apakah sudah merdeka?
tanahair ini...
setelah 50 tahun menjadi raja di buminya sendiri
tatkala sebenarnya dijajah minda pentingkan materi

anak-anak bumi merdeka?
450 tahun dijajah
tidak dapat menyembuhkan luka bangsa
para pejuang yang mempertahankan
tanahair ini

50 tahun merdeka?
belum cukup
sekadar melaungkannya
tanpa jerih perih
dan dukalara
bukan sekadar mengenangkannya...

anak-anak bumi merdeka
pertahankanlah mutiara cinta ini
lengkapkanlah seluruh jiwa dan ragamu
agar 50 tahun itu
bukan sekadar angka
tapi lambang kegagahan
anak bangsa ini
bangsa bermaruah
ternama di merata dunia!

Thursday, August 23, 2007

Perihal Madu Putih



-sumber foto dari volcano island rare hawaian white honey-

Dek kerana madu putih, saya dan rakan2 mencari maklumat di IT tentang Madu Putih/White Honey.

Maka bertemulah dengan macam2 pengajaran, ilmu dan pengalaman orang yang pernah meminumnya.

Pagi ini saya dan rakan2 minum pagi [rehat] di luar kawasan pejabat dek kerana hari gaji juga [sekali-sekali minum dan hirup cuaca kat luar - hujan pula tu...].

Sudah hampir selesai pekena Laksa Sarawak Special yang dipenuhi udang yang besar2 - Siar size B dengan Teh C Peng, tiba-tiba datang seorang penjual menghampiri meja kami. Dia menunjukkan pada kami botol yang berisi Madu Asli katanya...semuanya tiga botol berwarna Keemasan, Keputihan dan Keperangan.

Madu Keemasan adalah dari sarang lebah inang[pelihara].

Madu Keperangan adalah dari sarang lebah hutan [atas pokok].

Madu Keputihan juga dari sarang lebah hutan [atas pokok] yang paling susah diambil - katanya Royal Jelly.

Pemuda dari Seberang ini [Kalimantan] begitu pandai bermain strategi melakukan jualan madunya. Dia menunjukkan foto dirinya sendiri yang memanjat pokok tempat sarang lebah yang diambilnya, proses menyediakan madu dari sarang lebah, foto sarang lebah amat besar yang tersangkut tinggi di atas pokok di dalam hutan kepada kami berempat.

Harga sebotol Madu Keemasan [Inang/Pelihara] RM15.00, Madu Keperangan [Hutan] RM25.00 dan Madu Keputihan [Royal Jelly Hutan] RM45.oo.

MasyaAllah. Terkejut kami berempat. Katanya Madu Putih mahal sikit sebab amat payah untuk mendapatkannya. Ia diambil dari bahagian atas sekali sarang lebah tempat Queennya- paling berkualiti.

Tawar punya tawar kawan saya Zue begitu bijak juga mempertaruhkan tawaran. Madu putih mulanya dapat dikurangkan RM42.00 oleh penjual tapi berjaya dikurangkan menjadi RM30.00 kerana Zue, saya dan Jannah membelinya masing2 sebotol manakala madu Keperangan [hutan] dikurangkan kepada RM20.00.

Kesian juga saya melihat penjual yang katanya datang dari jauh dan selalu berjual di Serikin [salah satu tempat sempadan di Sarawak dekat Bau yang menjadi daya tarikan pelancong di mana banyak hasil jualan rakyat Indonesia-Kalimantan dijual murah dan senang tawar menawar].

Saya membelanjakan RM50.00 untuk 2 botol madu. Saya sebelum ini tidak pernah pun minum Madu Putih. Yang biasa saya minum semasa dalam pantang adalah Madu Keemasan dan Madu Keperangan yang sebelum ini tak pernah pun saya ambil tahu dari mana datangnya [inang atau hutan].

Penjual itu meninggalkan no handphonenya kepada saya dan namanya adalah Saiful Madu. Janjinya pula kepada kami bertiga yang dah membeli, sekiranya bukan madu asli, wang akan dikembalikan dan madu diberi secara percuma.

Setibanya di pejabat, rakan yang lebih berpengalaman bercerita tentang madu lalu mencuba menitiskannya di atas kertas surat khabar. Sekiranya ia dapat menembusinya bermakna bukanlah asli sangat katanya. Kalau ia seperti mencurah air di daun keladi [kalis], memanglah pure madu. Saya sudah mencubanya di atas tisu masa di kedai makan. Ia tak menitis cuma meresap sedikit sahaja begitu juga keadaannya meresap sedikit di atas kertas surat khabar.

Entahlah, dek kerana jarang menemui Madu Putih saya membelinya juga. Kalaulah ia tiruan, tak berkatlah orang yang menjualnya. Saya berpegang kepada janji Allah, " Orang yang menipu pasti akan mendapat balasan dari penipuannya".

Wallahuallam.

Yang pasti, Madu adalah sejuta paling baik minuman dan ubat paling mujarab seperti yang termaktub dalam Al-Quran.

Armiza Nila
Kuching

Monday, August 20, 2007

Waktu yang ditinggalkan...

Waktu-waktu bahagia seringkali meninggalkan. Tangis gurau senyum ria seperti tidak mahu bertandang saat api marak menyala dari hembus halkum seorang insan.

Insan iaitu manusia yang lahir dengan seribu kekurangan, sejuta kelemahan yang bisa saja terlupa sedetik dari secebis iman melantun lari oleh sebuah amarah.

Bergegar tiang arasy di saat tersembur keluar lafaz yang kerap dilagukan.
Astaghfirullah... apa sudah jadi?

Hatinya sudah membeku dendam.

Hatinya sudah tidak seharum kasturi yang mewangi laman larangan.

Hatinya berdarah terhiris kata keluar dari halkum umpama lahar berapi.
Meletup menambah membekas parut yang ada.

Entahkan sampai kapan penungguannya.

Persinggahan di pelabuhan tenteram lagi aman.

Yang memukau matahatinya memandang lurus.

Hidupnya dipulas ombak dan badai yang menghempas tangkai hatinya.

Merah hatinya menjadi sehitam arang.

Kesabarannya ada batasan.

Saat mengenangkan permata-permata, segala kedukaan itu dipendam ke lurah paling dalam.

Biar. Biar dirinya berduka. Biar dirinya seringkali terduga. Biar dirinya teraniaya.
Asalkan permata-permata yang ada terus bergemerlap melantunkan cahaya dalam usianya yang semakin ditinggalkan...

Armiza Nila
Semariang Batu.
18 Ogos 2007

Wajah di sebalik kata


wajah di sebalik kata
mengungkap seribu pengertian
yang bisa dirombak dari permukaan

seribu kerisauan yang menerjah
bersemadi dalam wajah
menterjemah kata-kata
yang tersurat
menyimpul yang tersirat
dimengerti paksa

wajah di sebalik kata
terpenjara sukmanya
dadanya membusung dendam
dendam yang lama
membusuki kalbunya

usah dipermainkan ia
laksana buah dadu
dilambung sesuka
mengubah nasibnya

kata-kata di sebalik wajahnya
hanya dirinya
tahu segala...

Armiza Nila
Semariang Batu

Friday, August 17, 2007

Kursus HPA Radix di Rajah Court
































Entah kenapa, hati saya tergerak untuk menghadiri Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang anjuran Produk HPA.

Selama ini, suami saya seringkali tidak mahu ikut serta setiap kali saya menjadi pengedar kepada apa2 produk. Tetapi dengan produk HPA suami turut serta dengan senang hati.

Saya pun tidak tahu kenapa saya tertarik dengan produk HPA dengan sekelip mata saja.

Mengikut kata Upline saya yang bakal memegang jawatan sebagai Pengurus Jati - Cikgu Sidek [juga stokis], produk HPA milik dan diusahakan oleh orang Islam. Itu yang utamanya telah menarik hati saya. Kebanyakan pengamal HPA terdiri daripada orang2 alim seperti ustaz2 dan ustazah2 termasuklah orang2 biasa seperti saya.

Produk HPA memang lain daripada lain. Selain menjual produk kesihatan, ia juga mengajar kita mengenal penyakit melalui mata dan telapak tangan. Ia lebih mengutamakan perubatan secara Islam.

Menurut kata Cikgu Sidek lagi, produk HPA halal, suci lagi bersih kerana jika pekerja perempuannya datang bulan, akan diberi cuti kerana mereka berhadas besar. Setiap pekerja hendaklah berwudhuk sepenuhnya ketika menyediakan produk HPA di kilang.

Teringin sekali suatu hari nanti saya melawat kilang HPA di samping ingin melihat sendiri kebenaran kata2 upline saya.

Yang penting saya dan suami telah mengamalkan produk kesihatan HPA seperti :-

1. Paramaria Plus
2. Herba Senggugut
3. Pelawas
4. Kopi Radix
5. Teh Asiatica
6. Ubat Gigi Herba
7. Kismis Minda
8. Biskut Radix
9. Minyak But-But
10. Minyak Herba

Saya sengaja perturunkan entri ini di blog saya ini untuk berkongsi pengalaman memiliki kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan serba mencabar ini.

Wallahu'allam.

Armiza Nila
Semariang Batu

Thursday, August 16, 2007

Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Di Seluruh Negara










16 Ogos 2007 - semua sektor di seluruh negara termasuk sektor awam di tempat saya bertugas, pada petang ini akan serentak mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-50.

Pejabat saya dan orang-orangnya begitu gah dan sibuk memasang bendera besar dan kecil di sekeliling bangunan kolej. Jam 2.30 petang akan diadakan perasmiannya oleh Pengarah Kolej sendiri.

Dan yang paling best, kami diberi makan free sekali lagi...hihihi..

Bulan Ogos - bulan puasa ganti - bulan makan - bulan orang belanja

Armiza Nila
KKKUC
p/s....kalau tiap2 bulan macam ni, jimatlah budget makan....

Naqdu: ‘Sastera perniagaan Melayu yang diabaikan’

Oleh Salbiah Ani
dahiya@nstp.com.my

“PERCAYALAH dunia sastera adalah senjata yang boleh digunakan orang Melayu untuk memartabatkan bangsa dan bahasanya, hatta ekonominya, tetapi bidang ini dipandang sepi kerana sikap Melayu elit yang memandang hina pada bahasanya sendiri.”

Kenyataan itu dihamburkan seorang pengarang kreatif yang berjaya menghimpunkan puluhan ribu peminat dan juga pembaca setia karyanya sejak lima tahun lalu selain sokongan itu turut membakar semangatnya untuk lebih berdaya saing sehingga akhirnya berjaya menubuhkan syarikat penerbitannya.

Kesungguhan dalam melahirkan bahan bacaan untuk semua pembaca di Malaysia, bermula dengan novel dewasa yang menampilkan dakwah Islamiah tanpa lupa mengadunnya dengan kisah cinta dalam usaha menarik lebih ramai pembaca, membawa kepada kelahiran karya untuk remaja dan kanak-kanak.

Pengarang itu menyambung kata-katanya tadi dengan kenyataan: “Selagi kita memandang hina bahasa Melayu, bangsa kita tidak akan ke mana. Orang Melayu kini berada dalam keadaan selasa hingga lalai dan lupa tanggungjawab bahawa mereka perlu berperang. Bukan fizikal, tetapi dalam hati dan semangat. Jika tidak orang Melayu tidak akan ke mana.

“Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan kerajaan bagi membantu Bumiputera meningkatkan penguasaan mereka dalam ekonomi negara juga tidak banyak membantu meskipun sudah mencapai tempoh sasarannya waktu tetapi hasilnya mengecewakan. Individu Melayu hanya menguasai empat peratus ekonomi negara dan jika berterusan begini, kita akan hilang segala-galanya pada masa depan.”

Pembabitannya dalam dunia penulisan kreatif secara sepenuh masa turut menyedarkan pengarang ini, betapa syarikat Melayu menguasai penerbitan karya kreatif negara ini, tetapi aspek pemasaran dikuasai bangsa lain sehingga mewujudkan situasi terlalu bergantungan kepada kuasa yang boleh mempermainkan mereka, pada bila-bila masa.

Pengarang ini sendiri terkena apabila sebuah syarikat memberi pelbagai alasan sebagai dalih untuk tidak melunaskan bayaran buku terbitan syarikatnya yang dijual mencecah hampir RM100,000, memaksanya mengambil tindakan mahkamah bagi memastikan haknya terbela.

Peristiwa itu menyedarkan pengarang ini, betapa penting syarikat penerbitan Melayu yang terbabit dalam penerbitan karya kreatif, turut mempunyai syarikat pengedaran sendiri bagi memastikan peristiwa buruk seperti yang dialaminya tidak menimpa mereka.

“Jika lemah, kita mudah dipermainkan. Saya kini meluaskan perniagaan dengan menubuhkan syarikat pengedaran sendiri kerana sedar saya tidak boleh bergantung kepada orang lain yang sentiasa mencari peluang untuk mempermainkan kami,” katanya.

Suatu hakikat yang tidak boleh disangkal, syarikat Cina menguasai penerbitan buku kegunaan pelajar sekolah negara ini manakala rangkaian pengedaran dikuasai kalangan mamak dan pengalaman pahit pengarang ini sewajarnya dijadikan sebagai bola api yang membakar semangat syarikat penerbitan Melayu untuk lebih menguasai industri buku negara.

Syarikat penerbitan Melayu perlu merebut peluang meluaskan perniagaan mereka memandangkan buku kreatif mempunyai ramai pembeli dan jualan buku akan berlipat ganda pada pameran buku walau di mana sekalipun ia berlangsung, lebih-lebih lagi pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

“Dunia kreatif adalah perniagaan Melayu yang boleh dimanfaatkan bagi meningkatkan penguasaan ekonomi orang Melayu di negara ini. Serentak itu juga ia boleh digunakan bagi mendaulatkan bahasa dan bangsa Melayu selagi kita tidak memandang hina kepadanya,” katanya.

Pertanyaan penulis, bagaimanakah syarikat yang menjual buku mempermainkan penerbit Melayu, dijawab dengan tenang: “Pengedar yang mengedarkan buku kreatif, turut terbabit dalam penerbitan buku kreatif dan ini antara faktor penolak mereka mempermainkan penerbit lain. Jika hendak jual, mereka jual dan jika tidak, itu hak mereka. Mereka hanya mahu buku baru dan tidak mahu buku lama. Selain itu, buku kita tidak dipamerkan dengan sewajarnya.”

Justeru, baginya dengan adanya syarikat pengedaran sendiri, akan memudahkan syarikat penerbitan buku kreatif milik Melayu membekalkan sendiri kepada syarikat besar mahupun kecil, suatu yang sengaja enggan dilakukan syarikat pengedaran sebelum ini dengan pelbagai alasan.

Pengarang ini juga menekankan pentingnya syarikat penerbitan milik Melayu ‘bergabung’ menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan kerana kedai buku besar di negara ini seperti MPH Book Store dan Popular sentiasa dahagakan buku Melayu dalam jumlah besar bagi memenuhi rak pameran, tanpa perlu berkongsi dengan buku dalam bahasa lain.

“Terlalu banyak buku cinta pada masa ini dan usaha perlu disepadukan agar bahan bacaan pelbagai jenis dapat disediakan untuk pembaca dalam melaksanakan tanggungjawab mengarahkan mereka tampil sebagai masyarakat yang membaca pada masa depan,” katanya.

Kenyataan ‘maut’ pengarang ini: “Sastera dan bahasa Melayu akan mati jika perniagaan bidang itu diuruskan bangsa lain.” perlu dinilai dan diberi perhatian pihak berkenaan kerana hakikatnya 50 tahun kemerdekaan negara yang akan diraikan pada 31 Ogos ini, tidak memberi sebarang makna jika jiwa Melayu masih belum merdeka!

Armiza Nila
p/s: Dikutip daripada Sastera - Berita Harian, Khamis-16 Ogos 2007

Tuesday, August 14, 2007

Hari ini dan zaman dulu [kanak-kanak 80-an]




Hari ini - saya dan rakan2 tiba2 bersembang tentang permainan di zaman kanak-kanak kami [sekitar tahun 80-an]. Saya berumur 8 tahun ketika berpindah ke Kpg Semariang Batu yang tidak berapa jauh dari Bandaraya Kuching berbanding Kpg Muhibbah, Seberang Pending hidup macam di pulau kerana terpaksa menyeberangi sungai sebelum dan selepas ke bandar untuk masuk ke kampung yang ketika itu begitu terpencil bagi saya.

Ketika itu di Kpg Muhibbah - bekalan air dan elektrik tidak ada langsung. Sumber air didapati dari air hujan manakala elektrik menggunakan generator yang akan ditutup sekitar jam 12.00 tengahmalam. Begitu sengsaranya ketika itu, saya tidak mengerti atau ambil peduli tetapi saya masih ingat bagaimana kakak2 dan abang2 saya terpaksa mengayuh sampan kecil bersama beberapa biji tempayan untuk menakung air minuman yang bekalannya terletak di Pending atau Kg Tabuan ketika musim kemarau.

Setelah berpindah ke Semariang Batu, keluarga saya banyak mengalami perubahan. Sumber air dan elektrik terus ke dalam rumah tanpa susah-payah. Ayah pun senang mencari pekerjaan samada mencari kayu di hutan bakau mahupun mencari lauk ikan di sungai.

Tahun 1983, saya berada di darjah Dua di SRK Semariang ketika itu, menghadapi zaman kanak-kanak yang cukup indah tanpa ketakutan atau kerisauan orang tua sepertimana yang saya lalui kini.

Dulu, sebagai kanak2, sebaik menukar pakaian seragam sekolah, bermulah episod permainan saya dan kawan2 yang terdiri dari rakan2 sekelas mahupun anak2 jiran.

Antara permainan yang saya ingat, seperti diperturunkan di bawah ini :-

1. rounders - menggunakan selipar jepun dan bola tenis - cara main - berlari dalam sebuah padang besar selepas membaling bola hijau ke arah selipar jepun yang disilangkan berdiri.

2. sengepong - berlari-lari sambil mengacah-ngacah

3. zero point - menggunakan getah sayur yang disambung panjang beberapa meter dan melompat sambil menyanyi

4. jengkek - lukis petak di jalanraya sambil membaling batu ke dalam petak dan berjengkek di antara petak2

5. pok mainan

6. pok gelang getah

7. pok guli

8. hitung jari tangan - dengan nyanyian seperti "mak pergi pasar pakei baju warna apa? merah. M.E.R.A.H

9. hitung kaki - dengan nyanyian "rumah terbakar, bomba datang...." [saya tak ingat]

10. hitung tapak tangan di belakang badan - dengan nyanyian "cong ke depang, belangak sombeng, pecah geliga ketawak tenteng,"....cak...semalam lagik..."

11. dango - bermasak dan membuat rumah dalam hutan

Saya dan kawan2 gelihati mengenangkan permainan kami ketika zaman kanak-kanak itu. Terfikir oleh saya, bagaimana kalau anak2 kita bermain seperti itu dengan bebasnya seperti kita dulu2 tanpa kawalan ketat ibubapa?

Mungkinkah ia berlaku lagi di kala anak-anak zaman IT leka di depan PC atau menonton TV dan pelbagai lagi GAMES zaman sains dan teknologi ini.

Saya cuba menyenaraikan permainan zaman kanak-kanak era 80-an ini untuk dijadikan inti permulaan buat saya dalam menciptakan karya dalam bentuk ...?

Tunggu...

Armiza Nila
Semariang Batu

Monday, August 13, 2007

Makan Tengahari di Buntal Seafood







ps....foto2 tidak berapa jelas kerana cuaca tengahari yang melangkaui 30 darjah celcius... [agak panas di Kuching ketika ini].

Alhamdulillah, rezeki bulan Ogos memang murah.... ada saja kawan yang belanja makan baik kerana lulus PTK, naik pangkat mahupun menerima APC.

Jumaat lepas, kami rakan sepejabat admin dibelanja makan tengahari oleh pegawai yang bermurah hati - Encik Carlos di Restoran Makanan Laut di Kampung Buntal yang terkenal dengan Seafoodnya.

Lama jugak saya tak menjenguk Seafood. [zaman bujang2an dulu selalu juga lah....]. Bila kembali ke sini, maka tersingkaplah kenangan2 lama yang cukup indah.

Tatapilah luculawak gurau senda ria kami di Buntal.....

Armiza Nila
Buntal Seafood Village
3 Ogos 2007

Thursday, August 09, 2007

Gambar Pohon Rowan - best juak paduhal..kacak gik ya..


Rowan Tree Of Me - 11 October

Ini, sifat saya yang digambarkan melalui Rowan Tree.

Saya terjatuh di bawah Pohon Rowan seperti ini :-

ROWAN TREE (the Sensitivity) - full of charm, cheerful, gifted without egoism, likes to draw attention, loves life, motion, unrest, and even complications, is both dependent and independent, good taste, artistic, passionate, emotional, good company, does not forgive.

Begitulah....tapi..bagaimana pula bentuk Pohon Rowan ye.....

Aduhai anak

MUNIFAH BASYIRAH



Aduhai anak.

Membesarkan dan mendidik anak bukan calang-calang tanggungjawab.

"Oh! Begini rasanya emak dan bapak membesar dan mendidik kamek dolok," terdetik di hatiku di saat merenung anak kecil yang tadinya menerima habuan ringan telapak tanganku di peha kecilnya.

Kekadang aku rasa menyesal setelah memukuli anak walaupun tidaklah ditahap mendera. Mengajarnya supaya menghormati kita sebagai ibu yang melahirkannya.

Melihat video penderaan kanak-kanak (bayi) sekecil Adib oleh pembantu rumah di luar negara, cukup mengesankan di hatiku.

"Begitukah tahannya hati ibu melayan karenahku ketika kecil senakal Adib dan 'Irfan?" pertanyaan ini berkali2 menghentak2 akalku sambil mengganggu emosi-naluri keibuanku.

Aduhai anak. Mama tidak sampai hati melihat wajah mungil yang tidak mengerti apa2. Yang kau tahu hanya kasih sayang dan perhatian mama dan tidak lebih dari itu.

Di saat mama mengendong bayi kecil - Munifah, si Adib turut merengek minta perhatian menumpang sekaki menyusu bersama Ifah.

Mama kasihan. Walaupun letih, penat dan lelah. Mama tidak pernah menghiraukannya kerana masa mama bersama anak-anak begitu singkat sekali rasanya.

Aduhai anak, muga Allah sentiasa membimbing mama ke jalan yang lurus dan diredhai serta diberkati-Nya dalam membesar dan mendidik anak-anak [Muhammad 'Irfan Musaiyar, Muhammad Adib Nifail dan Munifah Basyirah].

Mama sayang kamu.

Kenangan Konvokesyen ke-3 KKKUC di Pustaka Negeri Sarawak

Nurul Huda dan Mardiana


Analiza, Eliana, Noryanty dan Rohidawati

Bergaya bersama Zuraidah dan Nor Janah

Makan tengahari selesai konvobersama Rohidawati

semasa konvo berjalan di perkarangan dalam Pustaka



Menunggu hidangan semasa dinner Pra-Konvo bersama Nor Janah




Bergaya bersama rakan-rakan sebelum dinner oleh Ugak Belian Catering





Pengalaman pertama bersama staf KKKUC menghadiri Dinner Pra Konvo dan Majlis Pra Konvo di Pustaka Negeri Sarawak.

Tatapilah, gaya2 menarik dari staf sokongan....

Armiza Nila
3 Ogos 2007
Pustaka Negeri Sarawak
Jalan Stadium, Kuching.

Wednesday, August 08, 2007

Nenda dan Khazanah

Saya akan cuba carikan dan huraikan sesuatu di sebalik entri ini.

Tunggu.

Tuesday, August 07, 2007

Menjadi penulis sepenuh masa

Ya.

Seperti rakan2 penulis lain, saya juga pernah dan ingin menyimpan niat menjadi penulis sepenuh masa bila tiba detiknya nanti.

Buat masa ini, biarlah saya belajar dulu selok-belok 'perniagaan' tulisan ini.

Bertolak pada niat juga, insyaAllah apa saja rancangan kita akan berjalan dengan lancar.

Menjadi pekerja yang diperintah oleh Majikan [saya yang menurut perintah], bukanlah semudah mendapat kenaikan gaji dan bonus tahunan.

Banyak perkara, banyak peristiwa, dan banyak pahit dari manisnya dalam menjadi pekerja di bawah seperti ini.

Sudah 10 tahun saya mencari dan mengaut pengalaman dalam bidang ini. Yang asalnya saya memilih untuk menjadi pendakwah bebas bila selesai pengajian.

Namun, takdir dan waktu telah mencampakkan saya dalam bidang ini buat masa ini.

Saya yakin dan percaya, beberapa tahun/puluhan tahun lagi, saya berupaya membina keyakinan diri menjadi penulis sepenuh masa yang begitu sinonim dengan jiwa dan kehendak naluri saya yang sebenarnya.

Sabtu lepas, kerana pengalaman pertama mengalami kemalangan yang melibatkan 2 pihak, saya tergesa2 membuat laporan polis tanpa mendengar nasihat polis trafik yang bertugas pada malam kejadian saya pertama kali membuat laporan.

Saya kembali berjumpa polis berkenaan malam tadi dan beliau terkejut kerana saya telah pun membuat laporan tanpa memaklumkan kepada beliau. Kesudahannya, beliau tidak dapat menolong saya, maka saya pun dikompaunkan RM300.00 kerana kesalahan GAGAL MEMBERI LALUAN KEPADA KENDERAAN YANG BERJALAN LURUS. Sedangkan yang sebenarnya saya sudah pun berjalan lurus ketika dirempuh motorsikal itu. Saya tetap disalahkan oleh Akta Jalan Raya atas alasan keluar dari simpang!

Ya, saya mengalami kerugian beratus ringgit kerana terpaksa pula membayar kepada bengkel sebanyak RM400.00 atas kesalahan tiada second rider dalam polisi insurans suami saya memandangkan saya masih pemegang lesen P yang berusia setahun tujuh bulan.

Apapun, kejadian itu telah menemukan saya dengan rakan penulis saya yang sudah lama terputus hubungan iaitu saudara Yahya bin Hj Mat. Penulis yang prolifik bagi saya ketika itu waktu pertama kali saya berkecimpung dalam dunia penulisan 1997. Sudah 10 tahun berlalu.

Saya terjumpa Yahya Mat dan isterinya Noraini di balai polis trafik IPD Simpang Tiga Sabtu lepas. Cakap punya cakap, bual punya bual, Yahya sedag giat menulis skrip drama radio di samping menjadi pelakon drama radio di samping Malek Hassan dan Jamshari Saili. Malah Yahya mengalu-alukan saya untuk menghasilkan skrip drama radio dengan merujuk Antalogi Skrip Drama Radio Guru-Guru di samping mempelawa saya untuk sama-sama menjadi pelakon drama radio dengan menjual suara yang perolehannya hampir mencecah RM400.00 sebulan - lepas bayar kancil saya satu bulan.

Memang, setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya.

Dalam menuju kejayaan dalam bidang seni, saya seringkali diduga.

Alhamdulillah, Ahad yang lepas saya turut sempat menghadiri ujibakat Deklamasi Puisi Kemerdekaan di Sarawak Tourism dengan dipandu oleh Sifu Zachmanan. Saya turut membawa ketiga2 anak kecil dan suami sebagai pemberi semangat dalam keadaan saya yang masih kucar-kacir kerana accident, anak demam dan tengah berkursus produk HPA sebagai pengedar baru.

Apa yang penting, jalan menuju keazaman saya sebagai seorang penulis, sudah terbentang pelbagai halangan, ujian dan dugaan yang harus saya terima seadanya dengan dada penuh terbuka, hati yang penuh kesabaran dan akal yang penuh kewarasan.

Armiza Nila
Semariang Batu.
7 Ogos 2007