Tuesday, August 07, 2007

Menjadi penulis sepenuh masa

Ya.

Seperti rakan2 penulis lain, saya juga pernah dan ingin menyimpan niat menjadi penulis sepenuh masa bila tiba detiknya nanti.

Buat masa ini, biarlah saya belajar dulu selok-belok 'perniagaan' tulisan ini.

Bertolak pada niat juga, insyaAllah apa saja rancangan kita akan berjalan dengan lancar.

Menjadi pekerja yang diperintah oleh Majikan [saya yang menurut perintah], bukanlah semudah mendapat kenaikan gaji dan bonus tahunan.

Banyak perkara, banyak peristiwa, dan banyak pahit dari manisnya dalam menjadi pekerja di bawah seperti ini.

Sudah 10 tahun saya mencari dan mengaut pengalaman dalam bidang ini. Yang asalnya saya memilih untuk menjadi pendakwah bebas bila selesai pengajian.

Namun, takdir dan waktu telah mencampakkan saya dalam bidang ini buat masa ini.

Saya yakin dan percaya, beberapa tahun/puluhan tahun lagi, saya berupaya membina keyakinan diri menjadi penulis sepenuh masa yang begitu sinonim dengan jiwa dan kehendak naluri saya yang sebenarnya.

Sabtu lepas, kerana pengalaman pertama mengalami kemalangan yang melibatkan 2 pihak, saya tergesa2 membuat laporan polis tanpa mendengar nasihat polis trafik yang bertugas pada malam kejadian saya pertama kali membuat laporan.

Saya kembali berjumpa polis berkenaan malam tadi dan beliau terkejut kerana saya telah pun membuat laporan tanpa memaklumkan kepada beliau. Kesudahannya, beliau tidak dapat menolong saya, maka saya pun dikompaunkan RM300.00 kerana kesalahan GAGAL MEMBERI LALUAN KEPADA KENDERAAN YANG BERJALAN LURUS. Sedangkan yang sebenarnya saya sudah pun berjalan lurus ketika dirempuh motorsikal itu. Saya tetap disalahkan oleh Akta Jalan Raya atas alasan keluar dari simpang!

Ya, saya mengalami kerugian beratus ringgit kerana terpaksa pula membayar kepada bengkel sebanyak RM400.00 atas kesalahan tiada second rider dalam polisi insurans suami saya memandangkan saya masih pemegang lesen P yang berusia setahun tujuh bulan.

Apapun, kejadian itu telah menemukan saya dengan rakan penulis saya yang sudah lama terputus hubungan iaitu saudara Yahya bin Hj Mat. Penulis yang prolifik bagi saya ketika itu waktu pertama kali saya berkecimpung dalam dunia penulisan 1997. Sudah 10 tahun berlalu.

Saya terjumpa Yahya Mat dan isterinya Noraini di balai polis trafik IPD Simpang Tiga Sabtu lepas. Cakap punya cakap, bual punya bual, Yahya sedag giat menulis skrip drama radio di samping menjadi pelakon drama radio di samping Malek Hassan dan Jamshari Saili. Malah Yahya mengalu-alukan saya untuk menghasilkan skrip drama radio dengan merujuk Antalogi Skrip Drama Radio Guru-Guru di samping mempelawa saya untuk sama-sama menjadi pelakon drama radio dengan menjual suara yang perolehannya hampir mencecah RM400.00 sebulan - lepas bayar kancil saya satu bulan.

Memang, setiap kejadian itu ada hikmah di sebaliknya.

Dalam menuju kejayaan dalam bidang seni, saya seringkali diduga.

Alhamdulillah, Ahad yang lepas saya turut sempat menghadiri ujibakat Deklamasi Puisi Kemerdekaan di Sarawak Tourism dengan dipandu oleh Sifu Zachmanan. Saya turut membawa ketiga2 anak kecil dan suami sebagai pemberi semangat dalam keadaan saya yang masih kucar-kacir kerana accident, anak demam dan tengah berkursus produk HPA sebagai pengedar baru.

Apa yang penting, jalan menuju keazaman saya sebagai seorang penulis, sudah terbentang pelbagai halangan, ujian dan dugaan yang harus saya terima seadanya dengan dada penuh terbuka, hati yang penuh kesabaran dan akal yang penuh kewarasan.

Armiza Nila
Semariang Batu.
7 Ogos 2007

Monday, August 06, 2007

Malang Tidak Berbau





Salam

Jumaat yang lepas, ofis saya mengadakan majlis konvokesyen ke-3 di Pustaka Negeri Sarawak.

Untuk kali pertama, saya berjaya memandu pergi dan balik dari Pustaka ke rumah dengan jayanya.

Tengaharinya kami diarahkan ke pejabat semula. Semasa saya mau ke pejabat anak saya 'Irfan menangis hendak mengikut saya. Kata bapa, hampir sejam 'Irfan menagis tak henti2 tanpa mau dipujuk.

Hari itu, saya tidak merasakan apa2 yang buruk terjadi.

Tepat jam 5, saya pun memandu pulang. Saya membelok simpang dengan sempurna dan semasa berjalan lurus, tiba-tiba saya terdengar hon dan saya fikir kenderaan itu meng'hon' saya. Saya terus menekan brek.....sekelip mata saja saya terkejut bila sebuah motorsikal merempuh belakang kereta saya....Allah....saya bergetar2 kedua belah tangan dan kaki. Saya panik yang amat. Mula2 saya tidak berani keluar tapi akhirnya saya keluar juga dengan keadaan yang panik. Bila melihat budak yang melanggar kereta saya itu, berdarah di kepalanya, saya bertambah panik dan hampir2 tidak boleh mengawal diri kerana saya tidak dapat melihat darah.

Orang ramai berhenti untuk menolong sambil melihat kejadian. Saya meminta orang ramai memanggil rakan sepejabat saya yang masih berada di perkarangan pejabat.

Akhirnya Mahathir menawarkan diri menghantar budak itu ke hospital.

Saya masih menunggu suami dari kem batu 8 dalam masa setengah jam baru sampai oleh kesesakan. Jam 6.30 petang, barulah semuanya selesai. Towing tidak jadi membawa kereta saya. Saya masih panik dan suami pun membawa pulang dan meninggalkan motorsikalnya di pejabat bersama guard yang masih bertugas.

Selepas Maghrib barulah kami membuat laporan polis untuk tuntutan insurans.Ya Allah! Hidup saya tidak sudah2 diduga. Apa pun, saya bersyukur kerana nyawa saya dan budak lelaki itu masih selamat biarpun masing2 kenderaan mengalami kerosakan. Khabarnya kereta saya akan memakan belanja hampir RM1,000.00.

Rakan2 pengunjung blog, doakan keselamatan saya di jalan raya. Saya sudah cukup berhati-hati tapi masih ada orang lain yang tergopoh-gopoh untuk sampai ke destinasi yang akhirnya melibatkan kecelakaan kepada orang lain.

Saya yakin, ada hikmah di sebalik kejadian ini.

Friday, August 03, 2007

Foto menarik majlis bercukur dan doa selamat Munifah Basyirah











Tatapilah, foto2 menarik sempena Majlis Bercukur dan Doa Selamat Munifah Basyirah binti Mohamad Hanapiah.
Terima kasih diucapkan kepada seluruh kaum keluarga emak-bapak, adik-beradik, anak-anakbuah dan jiran tetangga yang sudi menolong dan memeriahkan majlis kecil ini.
Maslina @ Armiza Nila dan seluruh keluarga.
Semariang Batu

Thursday, August 02, 2007

Syukur

Alhamdulillah.

Majlis Bercukur dan Doa Selamat bagi Anakanda Munifah Basyirah telah selamat diadakan pada malam tadi.

Dengan ruang rumah yang kecil, saya hanya menjemput beberapa orang jiran terdekat di samping seluruh kaum keluarga (dari kalangan adik-beradik) dan tunggal.

Majlis Berzikir turut dialunkan dengan hanya seramai tidak sampai 10 orang.

Saya terharu, walaupun majlisnya kecil tapi dengan bacaan Marhaban dan Zikir Salawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w., majlis terasa kemeriahannya.

Makanan dihidangkan ala buffet kerana ruang rumah saya yang agak kecil. Nasib baik bilik TV di sebelah verandah separuh siap. Dapatlah digunakan untuk meletakkan hidangan.

Keluarga suami - Mak Mertua, Bapak Mertua, Kakak Ipar dan Anak-anak buah turut memeriahkan majlis.

Ibu turut sibuk melayan besannya dua orang. Mak mertua saya berasal dari Lawas dan Mak mertua kakak saya yang berasal dari Kelantan. Mereka bertutur macam ayam dengan itik. Kami turut ketawa berdekah-dekah bila mendengar dan menyampuk perbualan mereka.

Majlis tamat jam 11.00 malam.

Saya senang hati dan bersyukur kerana perjalanan majlis dikendalikan oleh adik perempuan kesayangan saya - Siti Josika dengan bantuan anak-anak buah [Ogy, Itje, Lini, Akil, Ajis] saya serta beberapa pembantu rumah adik dan kakak.

Saya bersyukur kerana mendapat keluarga besar yang bahagia seperti sekarang. Semoga kebahagiaan dan keakraban ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat kami. Amin.

ArMiZaNiLa@2007
Semariang Batu
p/s...foto2 menarik akan disiarkan kemudian.

Wednesday, August 01, 2007

Rak Buku

Saya baru saja membeli rak buku. Satu sahaja. 4 tingkat berkembar tiga. Cukuplah setakat untuk memuatkan koleksi buku dan majalah saya yang ada. Kebanyakan majalah dan buku-buku saya sudah habis saya baca. Dalam 80%. Ada yang baru 1% ke 3% saja yang dah dibaca, ada yang 50% dan macam-macam ada.

Saya belum sempat merakam foto. InsyaAllah akan menyusul dan cuba mengongsi sinopsis buku-buku yang pernah saya baca untuk menambah pengalaman dan motivasi.

Selamat mengumpul buku.

Jemputan Ke Majlis Bercukur Dan Doa Selamat Bagi Anakanda Munifah Basyirah

Salam.

Buat kerabat dan sekelian pengunjung laman yang berkesempatan.

Anda dan keluarga dijemput ke teratak saya seperti di bawah :-

Acara : Majlis Bercukur Dan Doa Selamat Bagi Anakanda Munifah Basyirah binti Mohamad Hanapiah

Tempat : No. 114 D, Lot 34, Kpg Semariang Batu, Petra Jaya 93050, Kuching.

Masa : 8.00 malam (selepas Isya')

Tarikh : 01 Ogos 2007 (Rabu)

Yang Mengundang : Maslina dan Hanafi sekeluarga.

Tuesday, July 31, 2007

Majlis Pertunangan Ogy Daud

Termetrai pertunangan Fauziah dan Sulaiman





hantaran pihak lelaki- g 1
hantaran pihak perempuan- g2
sarung cincin - g3

Salam.

Jumaat, malam Sabtu yang lepas, saya sempat menghadiri Majlis Pertunangan Anaksaudara iaitu Fauziah Madawood [Ogy Daud].

Saya doakan semoga pertunangannya berakhir ke jinjang pelamin dan kekal ke akhir hayat.

Tuesday, July 24, 2007

Salam buat saudara Roslan Jomel daripada Armiza Nila

Sdra Roslan.

Salam hormat. Sudah beberapa kali saya cuba memasuki blog anda tapi tidak berjaya.

Saya tertanya2 kenapa sdra tidak terus menulis pengalaman dan fikiran sdra di blog sdra. Ketahuilah - rakan2 penulis dari Sarawak merindui hasil tulisan penulis dari Sarawak sendiri yg menetap di Semenanjung Tanah Melayu. Biar perspektif dari kacamata sdra lebih jelas sebagai anak kandung negeri Darul Hana ini.

Mohon sdra Roslan meneruskan tulisan di blog sdra.

Terima kasih.

Armiza Nila

Monday, July 23, 2007

Melancong



Bilakah kali terakhir anda/kita melancong?
Melawat saudara terdekat sambil melancong satu kegiatan yang bijak.
Kali terakhir keluarga saya melancong ke Sabah dan daerah Lawas [penghujung negeri Sarawak-paling Utara] atas tujuan lawatan jejak kasih September-Oktober 2006.

Kini, Julai 2007, tujuh bulan sudah berlalu - saya belum pun melancong ke mana-mana. Agaknya bilakah dalam tahun 2007 ini, saya dan keluarga akan melancong lagi sempena "Tahun Melawat Malaysia 2007".

Seputar Sambutan Api ke-7

Hadiah Ulangtahun ke-7 API di samping pelancaran antalogi sipp Bulan Di Taman Sinora Azma





Ketibaan kerabat2 API
Tokoh API menyambut salam kerabat API




Kerabat API dan generasinya



Alhamdulillah, semuanya selamat




pencak silat saudara Zach Manan





Iringan Doa mengiringi perjalanan API







API bersama generasi pewarisnya yang ber-API














Zach Manan membaca puisi di depan generasi cilik API

Juadah API













































































































































































Friday, July 20, 2007

Tambah Pengetahuan

Alhamdulillah.

Sengaja saya meng-link-kan blog2 rakan penulis dari seluruh pelosok dunia jika terdaya.

Niat saya cuma satu - moga bertambah ilmu dan pengalaman di dada melalui membaca.

Gapena diminta tangani lima usul

Gapena diminta tangani lima usul
Oleh Salbiah Ani

Persatuan Penulis Selangor gesa contohi MACP lindungi karya intelekNASIB penulis negara ini yang menjadi mangsa mainan licik media cetak mahupun elektronik diberi perhatian pada Mesyuarat Agung Tahunan, Persatuan Penulis Selangor (PPS) hingga beberapa cadangan dikemukakan dalam usaha mengatasi kemelut terbabit.

Pemangku Ketua Satu PPS, Datuk Dr Anwar Ridhwan, mengemukakan lima usul yang ditujukan khusus kepada Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), selaku badan induk semua persatuan penulis seluruh negara, bagi memikul tanggungjawab membela nasib golongan terbabit.

Orang lama dunia sastera Malaysia ini yakin semua usul yang dikemukakan PPS itu menyebelahi hak, kepentingan dan masa depan penulis negara ini jika diterima serta dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab demi manfaat kelompok terbabit dalam jangka panjang.

Usul langsung berhubung perkara terbabit ialah meminta Gapena membentuk unit khas, Badan Pelindung Harta Intelek Penulis, memandangkan karya sastera mendapat tempat dalam media cetak dan elektronik berbahasa Melayu setiap hari, tetapi tiada badan yang memantau royalti atau honorarium mereka.

“Daripada maklumat yang diterima, tidak semua penerbit membayar honorarium atau royalti kepada penulis kecuali penerbit mapan. Ada syarikat mensyaratkan penulis mengirim salinan karya yang disiarkan ketika membuat tuntutan,” katanya dalam e-mel yang dikirimkan kepada penulis.

Mantan Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini, berharap Gapena memandang serius masalah tidak membayar honorarium atau royalti kerana tindakan penerbit yang berbuat demikian, seolah-olah mempermainkan harta intelek penulis seperti termaktub dalam Akta Hak Cipta 1987.

Anak syarikat Gapena, Gapeniaga Sdn Bhd, disaran menangani isu itu dengan membentuk badan pelindung harta intelek untuk penulis tanah air dan mengambil Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik (MACP) sebagai model untuk bergerak.

Operasi MACP disaran diguna pakai kerana badan terbabit anyata berjaya membela nasib ahlinya yang mempunyai 2,100 ahli tempatan (lebih 2 juta ahli antarabangsa) dan mengawal 50,000 produk lagu/muzik tempatan (lebih 12 juta produk lagu/muzik antarabangsa).

Badan Pelindung Harta Intelek Penulis di bawah Gapeniaga bertanggungjawab menentukan kadar bayaran untuk genre karya yang disiarkan sebagaimana menjadi amalan MACP selain mewajibkan penerbit membayar kepada penulis melalui atau tanpa melalui Gapena dan badan terbabit pula mendapat komisyen.

Tidak ketinggalan, Gapena juga disaran membantu penulis mengambil tindakan undang-undang kepada penerbit jika ingkar membayar honorarium atau royalti kepada penulis sebagaimana yang dilakukan MACP dalam melindungi kepentingan ahlinya.

Dr Anwar turut menyarankan agar Gapena menggunakan komisyen yang diterima kelak bagi tujuan menjaga kebajikan golongan penulis uzur, kemalangan dan sakit tua iaitu langkah serupa yang diamalkan MACP dalam membela nasib ahli.

“Jika Gapena, dapat menangani perkara ini, tidak syak lagi badan itu akan lebih dihormati dan disanjungi penulis mahupun sasterawan tanah air kerana berasa badan terbabit turut memayungi serta melindungi harta intelek mereka, di samping dapat mengecap rezeki daripada setiap karya hasil titik peluh mereka,” katanya.

Gapena turut disaran mewujudkan Dana Penulisan Ismail Hussein bernilai RM10,000 atau RM15,000 setahun untuk diagehkan kepada penulis mapan atau penulis muda berbakat besar daripada pelbagai kaum yang berkarya dalam bahasa Melayu, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Bagi menjamin karya yang dihasilkan boleh diterbitkan, Gapena diminta mengadakan persefahaman dengan DBP memandangkan badan terbabit mempunyai rekod cemerlang berkaitan Perjanjian Lesen Penerbitan dan bayaran royalti kepada penulis sebagai langkah melindungi harta intelek.

“Pemberian itu boleh diberikan kepada penulis dari genre cerpen, drama, esei/kritikan, novel dan puisi manakala penerbitannya pula diadakan persefahaman dengan DBP memandangkan badan terbabit mempunyai rekod cemerlang berkaitan Perjanjian Lesen Penerbitan dan bayaran royalti,” katanya.

Program berkenaan diyakini mampu memperlihatkan keprihatinan Gapena kepada aspek pengkaryaan pengarang Malaysia dan boleh menyemarakkan lagi penghasilan karya sastera tempatan yang bermutu tinggi.

Gapena juga diminta mengadakan persefahaman jangka panjang dengan DBP dan Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd (ITNMB), bagi melaksanakan program terjemahan karya sastera dan mempromosi karya sastera serta sasterawan nasional yang menulis dalam bahasa Melayu.

“Mutakhir ini hampir tiada karya pengarang nasional negara ini yang diterjemahkan ke bahasa asing dan dipromosikan pada peringkat antarabangsa.. Sudah tentu kalangan penulis mengharapkan Gapena memahami situasi kalut dan membimbangkan ini memandangkan negara lain terus meningkatkan promosi karya sastera dan sasterawan mereka,” katanya.

Dalam ucapannya itu, beliau turut mencadangkan Gapena menganjurkan Siri Tahunan Mengenang Penulis dan Sasterawan agar sumbangan dan jasa sejumlah penulis dalam mengembang dan memperkasakan kesusasteraan Melayu diingati serta diperkatakan saban tahun agar diketahui khalayak.

Program terbabit dicadang dilaksanakan secara jangka panjang itu (sehingga 2010) dan diadakan dengan kerjasama DBP serta Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) di samping tidak bersifat ad hoc.

Selain itu, Dr Anwar turut berharap Gapena tampil sebagai ‘pemangkin gerakan dan penataran penulis muda dengan mengadakan program bersistematik dan berkesinambungan kepada kelompok terbabit kerana melaluinya mereka dapat menambah pengalaman mematangkan diri sebagai penulis dan aktivis.

“Hampir semua pimpinan persatuan penulis di Malaysia termasuk Gapena dan PPS dipimpin ‘orang lama’. Keadaan ini jangan sampai membuat pimpinan persatuan penulis merangka program yang pada umumnya sesuai dengan ‘rasa’ serta aspirasi ‘orang lama’ saja,” katanya.

Armiza Nila
p/s (sumber dipetik dari Berita Harian, Khamis, 26.7.07

Thursday, July 19, 2007

Rancangan verse Ketentuan

Salam perjuangan.

Para sahabat, apa yg kita rancang tidak semuanya mengikut kehendak hati dan fikiran kita. Semuanya adalah ketentuan Allah.

Kekadang, saya menjadi celupar menyumpah seranah seekor manusia yang hanya mahu kita mengikut telunjuknya tanpa memikirkan kebajikan kita.

Bak kata pepatah, "keluar dari mulut buaya, masuk ke mulut naga".

Entahlah, segalanya ketentuan Yang Maha Menyayangi hamba-Nya yang kerdil ini.

Saya menunggu ketentuan itu dengan penuh sabar.

Kerana, sekali lagi dan untuk kesekian kalinya, saya percaya dan yakin setiap yang terjadi ada hikmah di sebaliknya.

Wednesday, July 18, 2007

besarnya.....

cubaan.

kenapalah saiz font ni besar sangat...

Monday, July 16, 2007

salam bahasa....Melayu

sayangilah bahasa kita.... bahasa Melayu kita bangsa Melayu kita....

jangan biarkan penyangak dalam negara Malaysia ini terus2an cuba menguasai bangsa kita dengan memusnahkan bahasa kita - bahasa Melayu....

kita hanya mampu melaungkannya...

jangan.... jangan....jangan... pinggirkan suara2 kami pencinta bahasa Melayu

Thursday, July 12, 2007

Anak-anak = klinik

anak-anak kecil = klinik memang tidak bisa dipisahkan.

sewaktu sihat, sewaktu sakit adalah = .

hari ini, saya tidak pulang utk lunch time.
saya berasa letih untuk ulang-alik sehingga lebih 4 kali.
saya memutuskan utk berehat di pejabat saja tengahari ini.

Ini kerana pagi ini, saya memandu sendiri ditemani Andak dan Isda membawa Adib dan Munifah ke klinik. Munifah check timbang dan injetion 2 bulan. Adib check timbang dan injection JE - 22 bulan.

Beginilah - bila suami jauh di perantauan. Saya terpaksa merelakan dan memberanikan diri memandu ke pejabat, keperluan anak-anak mahupun ibu.

Semalam, saya tersesat di jalan Kpg Semerah Padi kerana fobia tak pandai reverse di kawasan bukit.

Tengahari semalam selepas membeli 10kg tepung gandum utk kedai runcik emak, saya cuba memusing kancil utk jalan pintas tetapi kerana gugup enjin mati lalu terundur ke belakang. Saya terus menggigil ketakutan lalu meminta pertolongan lelaki yang berada di depan rumah berhadapan jalanraya tempat insiden itu. Alhamdulillah, saya selamat.

Ah!....segala2nya menuntut keberanian saya. Kalau nak mengharapkan orang lain, alamatnya tak bergeraklah saya.

alhamdulilllah....

".....dah dapat dah....", dia mengurut dadanya. Lega.

alamak

kenapa tak publish pulak kat homepage ni...

Wednesday, July 11, 2007

Lunch Time


Tidak segala2nya berubah tapi banyak juga yang berubah.


Sejak mula bekerja selepas bersalin, hati saya berbunga ria bila saat lunch time jam 1.00 petang.


Saya tidak lagi duduk seorang diri di pejabat atau bilik solat.


Saya sudah boleh pulang ke rumah. Menjenguk anak-anak terutamanya Munifah Basyirah yang masih menyusu badan.


Walaupun hanya sejam, saya peruntukkan sebaiknya. Menyusukan Munifah satu kemestian.

Saya cukup gembira anak-anak terus mendapatkan khasiat dan zat dari susu ibu kerana ia adalah salah satu daripada hak asasi manusia. Walaupun saya tidak sepenuhnya menyusukan Munifah kerana mencampurkannya dengan susu Formula Dutch Lady, saya tetap masih menggalakkannya menyusu badan supaya ketahanan badannya akan lebih baik.


Tuesday, July 10, 2007

Setelah kembali membaca blog Marsli N.O

Yah, sedikit waktu yang ada, saya suka mengunjung blog bang Marsli N.O. Teryata, luahan tulisannya punya bara yang nyata.

Begitulah hati dan naluri penyair/penulis yang benar2 ikhlas dalam perjuangannya untuk terus melayari laut yang sedia bergelora ini.

Kpd rakan penulis Sarawak - jom berambeh di sia.
PELENGKAP RUMAHTANGGA SYURGAKU


Munifah Basyirah puteri saljuku namanya dalam bahasa Arab bermaksud Yang tinggi lampai dan cantik , Penyampai Berita Gembira.





Saya memilih nama ini sempena kegembiraan saya menyambut kelahiran seorang puteri yang saya dan suami idam-idamkan selama ini.





Kelahiran Munifah Basyirah pelengkap rumahtanggaku yang terbina sudah 4 tahun ini.





Semoga kebahagiaan dan keberkatan syurga dunia ini berkekalan ke akhir hayat...Amin.




Inilah puteri saljuku impian kalbu idaman ibu...
Munifah Basyirah semasa berusia 1 bulan
Cubaan

Friday, July 06, 2007

Hari Pertama Setelah Dua Bulan

Pagi ini, saya kembali ke kantor setelah dua bulan berkurung di rumah (dalam amben).

Segalanya tenang, dari awal Subuh saya bangun.

Jam 7.00 pagi saya bergegas memasuki kancil yang telah dipanaskan enjinnya oleh suami.

Setelah membaca doa naik kenderaan saya mereverse dgn selamba dan memerhati cermin pandang kanan sahaja sambil memandang remeh cermin pandang kiri. Ada sebuah kancil putih parking di sebelah kiri saya. Saya terus mereverse....dan tum.....dan terdengar jeritan suara lelaki yg berdiri di tepi kancil itu. Saya pun memandu ke depan dan nak tahu apa yang terjadi. Rupa2nya saya terlanggar kancil putih itu ketika mereverse kereta. Pintu kiri saya scracth agak besar jugak dan kereta lelaki itu kemek sedikit.

Saya bergetar kedua belah tangan dan kaki. Jam sudah 7.20 pagi. Suami mendapatkan saya dan cuba berbincang dengan lelaki itu. Saya dibenarkan suami terus memandu ke pejabat. Hati saya penuh debaran sehingga selamat saya ke pejabat.

Beberapa minit, suami menelefon. Katanya, petang nanti, lelaki itu akan ke rumah meminta wang ganti rugi kerosakan keretanya.

Saya mengurut dada.... Ya Allah! Apalah nasibku ini. Sudahlah baru nak turun kerja, ada saja masalah yang melanda. Nak salahkan siapa. Saya sendiri yang cuai atau lelaki itu yang memparkirkan keretanya secara menyenget ke kanan yang menghalang jalan lurus kereta saya di kawasan letak kereta rumah saya sendiri. Alahai...... entahlah... dan saya tidak pasti berapakah jumlah wang yang akan dituntut oleh lelaki itu?!

Pengajaaran buat saya kerana sudah agak lama tidak memandu kereta. Terasa agak kekok dan takut-takut dan terlebih berhati-hati...inilah habuan yang saya dapat.

Semoga hari-hari mendatang pemanduan saya selamat....

Armiza Nila
KKKS

Thursday, May 03, 2007

Malam Baca Puisi Islam DBPCS

Salam,

Terima kasih warga DBPCS kerana menjemput saya selaku penonton sempena Malam Puisi Islam di DBPCS Balai Budaya pada Jumaat jam 8.00 malam 4 Mei 2007.

InsyaAllah, jika saya belum bersalin pasti saya akan memenuhi undangan itu kerana saya memang meminati puisi dan lebih2 lagi deklamasi.

Saya sendiri sudah lama tidak berdeklamasi di peringkat bahagian mahupun negeri.

Teringat saya saat paling manis dijemput KPSU sebelum ini mendeklamasi puisi secara Trio di Stadium Perpaduan sempena Ambang Kemerdekaan Tahun 200... (saya dah lupa) bersama Zakaria Abdul Manan dan Malek Hassan. Pada saya, itulah saat mendeklamasi puisi yang paling bermakna dalam hidup saya - berpuisi di hadapan ribuan manusia dengan diselangi muzik seruling dan orkestra. Rasa macam artis pun ada.... Apa pun semuanya tinggal kenangan saat ketika itu puisi menjadi satu acara berprestij baik jadi bacaan pada umum mahupun ketika Sayembara di Dewan Suarah Kuching.

Saya berharap selepas ini Aura Puisi akan terus bergema dan menyelusuri setiap darah dan bentuk nadi para penyair Sarawak.

Armiza Nila
Kuching

Petikan2 saranan rakan penulis

Salam,

Sengaja saya masukkan petikan2 saranan daripada rakan penulis dari mana2 sumber dalam blog peribadi saya ini. Biar ia menjadi ingatan dan pesanan yang melekat dan kekal di dalam hatifikir saya.

Saya berasa amat berbesar hati kerana menerima penerangan demi saranan daripada rakan penulis yang berjaya untuk saya menuju puncak jaya seperti mereka.

Armiza Nila - KKKS

Penerangan Penciptaan Cerpen oleh saudara Roslan Jomel

Dewan Sastera Mei 2007.

Salam.

Terima kasih kepada sdr Armiza kerana membaca.

Di DBPKL, majalahDewan Sastera bulan April telah saya beli pada 27 hb Mac lagi. Saya tidak akan menghuraikan isi kandungan cerpen satira itu kerana sdr Mohd Mansur Abdullah telah menganalisis teks cerpen ini di dalam majalah Dewan Sastera pada bulan Mei. Dapatkan sahaja isu bulan Mei Dewan Sastera di Kedai Buku DBPCS sesegera mungkin.

Saya tidak percaya bahawa teks sastera bersifat monotonous realisme. Hidup ini tidak sepenuhnya berlaku dalam susunan kronologi. GabrielGarcia Marquez menulis cerpen2 dan novel2nya dengan aneh dan lucu untuk menyindir pihak penjajah. Pergelutan jiwa dan simpang siur perasaan tidak mungkin dapat ditulis dengan mengikut tangga2 plot penceritaan konvensional. Manusia itu sendiri pelbagai perwatakannya. Kita sendiri maklum akan keganjilan hidup di atas dunia realiti. James Joyce telah memulakan penceritaan dengan menggunakan teknik di bawah sedar sebegitu ilmiah dan berkesan. Inilah hakikat hidup dalaman manusia yang memasuki akal dan perasaan pembaca sekian lama.

Sekiranya sdr Armiza berkesempatan membaca artikel terkini sdr Faisal Tehrani dalam majalah Dewan Sastera isu bulan Mei nanti, tentulah sdr Armiza memahami kepentingan makna daripada penciptaanbentuk. Dedahkan diri dengan isi kandungan pembacaan yang mencabar akal fikiran atau yang membuka horizon baharu penulisan. Supaya saya atau sdr Armiza sedar bahawa, dunia ini luas. Bukan sekecil pin penyepit rambut. Belajar dari pengalaman besar karya orang lain, akan membantu penulisan kita sendiri juga nantinya.

Dan pintu sastera itu sendiri tidak pernah berkunci, masuklah dengan bebas.

Salam.

Monday, April 30, 2007

Yang Ada Pada Ku

Apalah yang ada pada Ku
selain dari kudrat ini
sedaya upaya menambah rezeki
untuk sesuap nasi
demi sebotol susu
membantu lelaki yang dicintai
mengukuhkan mahligai ini

walau sekecil mana
walau sekurang mungkin
walau sesederhana sederhananya
hakikat harus ditelan
kerana airmata bukan lagi sogokan
mengisi ruang hati yang tamak
mengejar kemewahan

apalah yang ada padaku

yang ada padaku
hanyalah penyerahan setotalnya
mempertaruh istana kayu ini
terus bertahan walau
sering dilanda air pasang dan surut
menghakis tebing
tanpa belas
dan harus dipertahankan
oleh kekuatan bakau
yang setia mengakar di balik
keras dan pejal tanah liat

yang ada padaku
kesetiaan yang tiada bandingnya

yang ada padaku
keikhlasan yang tak bisa dipandang

yang ada padaku
kejujuran yang tak kurang

yang ada padaku
bukan sekadar menyerah nasib pada keadaan

yang ada padaku
bukan berpeluk tubuh dengan nyaman

yang ada padaku
airmata penerimaan
dugaan - ujian - rintangan
yang senantiasa menunggu di setiap pelabuhan

umpama anak nelayan
menunggu habuan
yang dibawa pulang oleh ayahnya
yang lelah merentas laut bergelora
yang belum tentu menjanjikan apa-apa!

Armiza Nila
Mahligaiku Semariang Batu
30 April 2007

Aduhai Adibku Sayang...

Cuti hujung minggu, saya duduk tak keruan di rumah kerana anak kecil saya M. Adib Nifail terkena sakit mulut (ulser). Adib tidak mahu menyusu botol, apatah menyental susu mamanya ataupun mengunyah makanan. Setiap kali minuman atau makanan masuk ke mulutnya, Adib akan menangis. Sepanjang usia Adib yang hampir 1 tahun 8 bulan, inilah kali pertama Adib mengalami masalah pada bahagian dalam mulutnya.

Mama kesian melihat wajah Adib yang sebelum ini begitu berselera menyusu atau menyuap makanan. Tidur Adib jadi tidak lena. Entah berapa kalikah mama sudah tidak terhitung lagi suara Adib merengek di tengah malam. Inilah dugaan bagi seorang ibu tatkala anaknya menghadapi masalah kesihatan. Ditambah dengan keadaan diri yang sudah terlalu sarat, mama teruskan juga menjaga dan membujuk Adib.

Hari ini, mama cuba membawa Adib ke klinik untuk pemeriksaan tapi Misi yang bertugas di Klinik Jawa mengatakan hari ini bukan hari baby - cuma untuk temujanji ibu hamil sahaja. Saya akur lalu membawa diri untuk pemeriksaan kali terakhir di Klinik Jawa. Misi mengesyorkan membawa Adib ke poliklinik. Melihat jam di tangan sudah jam 10.00 pagi, saya dan suami membatalkan hasrat kerana saya dan suami perlu bergegas ke tempat kerja. Lagipun, malam tadi suami sudah membeli Ubat Sakit Mulut Cap Tiga Senapang.

Saya bertanya rakan sepejabat mengenai ubat itu. Alhamdulillah, ubat itu memang baik untuk sakit mulut. Saya lega mendengarnya. Ida mengajar saya menggunakan kain lampin bersih untuk menyapu ubat di dalam rongga mulut Adib.

Saya berharap selepas ini Adib akan baik dan kembali cergas seperti biasa.

Ibu risau,

Armiza Nila - Semariang Batu

Friday, April 27, 2007

Cuti Panjang....





Bermula esok hari, ramai kakitangan kerajaan yang bakal bercuti panjang - hujung minggu di samping (cuti rehat sendiri Isnin), cuti umum hari buruh Selasa dan cuti umum wesak day Rabu). Alamatnya bercuti sakanlah dia orang. Pejabat akan sunyi sepi dengan dua tiga kerat manusia termasuklah saya. Saya tidak mengambil cuti kerana mempunyai temujanji dengan klinik-klinik di saat akhir menunggu kelahiran.


Kekuatan saya berjalan sudah berkurangan lantaran hanya tinggal 13 hari untuk saya dipaksakan bersalin. Itulah sebabnya saya tidak mahu bercuti panjang terlalu awal. Selagi kudrat ini masih mampu bertahan, saya lebih gemar berkerja di pejabat kerana saya mudah bosan duduk di rumah lama-lama dan bukan bermaksud saya tidak menghargai masa bersama anak-anak. Saya memang suka bersama anak-anak pada waktu yang terluang. Namun, bila waktu sudah terlalu terluang, saya tidak betah duduk-duduk diam. Bila bab nak menulis atau membaca di siang hari, anak-anak saya turut memainkan peranan jadi penulis dan pembaca - yang menjadi 'dugaan' buat saya dan seringkali itulah perjalanan saya sering terkandas di tengah jalan. Apapun, semuanya ujian ketabahan, kesabaran dan kesungguhan saya untuk terus berkarya.


Selamat Hari Buruh saya ucapkan kepada semua penjawat awam mahupun swasta. Berehatlah sepuas-puasnya sambil menunggu keputusan kelulusan kenaikan peratus gaji hakiki kakitangan awam daripada PM kita - Pak Lah!


Armiza Nila

KKKS, 27 April 2007

Wednesday, April 25, 2007

Menerokai suku bangsa Kedayan

Salam,

Saya berharap akan dapat menerokai suku bangsa Kedayan iaitu bangsa suami saya untuk saya jadikan bahan dalam pengkaryaan saya seterusnya.

Saya sebenarnya tertarik dengan bahasa yang digunakan oleh bangsa Kedayan untuk pertuturan.

InsyaAllah, sedikit masa lagi saya akan melakukan kajian demi kajian untuk membongkar keunikan bangsa Kedayan bagi ditumpahkan dalam bentuk kreatif.

Saya berbangga sebenarnya kerana berkahwin dengan lelaki berbangsa Kedayan walaupun bukan 'pure' lagi kata ibu mertua saya kerana mereka sudah kahwin campur dengan Melayu Brunei. Namun budaya dan bahasa Kedayan tetap melekat dalam kehidupan sehari-hari mereka yang penuh keunikan.

Ternyata, jejak kasih saya dan suami di Lawas tahun 2006 banyak mendatangkan ilham kepada saya yang begitu tebal cintanya terhadap adat dan tradisi kaum yang pelbagai di Sarawak.

Tuesday, April 24, 2007

Menunggu Kelahiran

Hari ini, saya diduga lagi.

Setelah menerima pelantikan sebagai AJK Pengurusan Aset Kerajaan bagi pejabat kami, saya dijemput sekali untuk menghadiri Mesyuarat yang pertama. Saya harus mendaki tangga menuju ke Tingkat 3, mencari Anjung Minda. Dalam kepayahan dengan sarat perut saya akhirnya berjaya juga walaupun sesat pada mulanya.

Mesyuarat dari jam 10.30 pagi dan berakhir 1.20 petang cukup meletihkan bagi saya. Saya tidak betah duduk dengan kaki yang buyoh. Akhirnya, belum pun habis mesyuarat - lagi 5 minit saya beredar dulu atas alasan menahan sakit perut...

Terasa benar keletihannya menaiki dan menuruni tangga 3 tingkat itu. Tapi, kerana kewajipan dan tanggungjawab mahu tidak mahu saya perlu gagahkan diri.

Apapun, saya gembira setakat ini berkhidmat di jabatan baru dengan staf yang baru dan suasana yang cukup tenang.

Saya akan terus belajar benda baru dan berfikiran positif untuk menerima cabaran yang kebanyakannya menjadi ketakutan kepada ramai orang.

Menunggu kelahiran memang sesuatu yang mencemaskan. Siang - saya tidak aman untuk berehat walaupun sekejap. Semacam ada saja yang memerhati. Malam - tidur pun tidak nyenyak kerana macam-macam gangguan dan dugaan. Apapun, saya cuba menghadapinya dengan tenang, insyaAllah.

Armiza Nila
Semariang Batu

Monday, April 23, 2007

Saya kembali...

Salam,

Agaknya belum waktunya bakal anak ketiga saya lahir ke dunia. Hari itu, 17 April 2007 berlaku keajaiban bagi diri saya yang sudah dua kali melahirkan anak.

Sakitnya perut bukan main saya rasakan sejak dari pagi. Selepas Zohor, suami pun membawa ke Hospital untuk pemeriksaan. Saya terkejut bila doktor memeriksa pembukaan rahim sudah mencecah 2 cm. Biasanya, saat melahirkan hanya menunggu giliran. Saya diletakkan di wad Maternity Kelas Dua, Tingkat 1, HUS sambil menunggu kesakitan seterusnya. Saya pun tinggal menginap di HUS sejak jam 4.40 petang. Sakitnya datang dan hilang...silih-silih berganti. Saya risau menunggu kelahiran. Kerana keletihan saya tertidur sehingga pagi. Seawal jam 7.00 pagi, doktor membuat pemeriksaan lagi. Saya mengadu tidak ada lagi kesakitan ( no contraction in 10 minutes). Pembukaan rahim mengecut menjadi 1 cm. Doktor besar berketurunan India, menasihatkan menunggu lagi contraction seterusnya sehingga bisa melahirkan pada 18 April 2007 tetapi sakitnya terus berkurangan dan hilang. Keesokan harinya, 19 April 2007, doktor berbangsa Cina pula yang datang lalu saya mengadu langsung tiada lagi kesakitan. Saya mohon berehat saja di rumah supaya dapat keluar dari wad yang merimaskan saya.

Alhamdulillah, saya kembali ke rumah setelah letih menunggu kelahiran di wad hospital. Kerana badan masih lemah, saya memohon cuti rehat keesokan harinya.

Hari ini, 23 April 2007, saya kembali bertugas. Semoga saya dapat bertugas dengan sebaik-baiknya dan menyempurnakan tugas yang diamanahkan sebelum benar2 cuti bersalin selama dua bulan.

Menurut pemeriksaan doktor, jika saya tidak bersalin sehingga 10 Mei 2007, saya dinasihatkan admit di wad [dipaksa bersalin - dengan cara apa, saya pun tidak pasti]. Terasa gerun bila mendengarnya.

Doakan saya....

Armiza Nila
p/s....ini sekadar perkongsian pengalaman sebagai ibu hamil yang sarat cemas menunggu kelahiran khalifah Allah...

Tuesday, April 17, 2007

Ke Hospital

Pergerakan janin dalam kandungan semakin agresif.

Sejak lewat malam tadi, saya sudah mengalami sulak pinggang. Pun begitu, digagahkan hati untuk ke pejabat.

Saya sedang menunggu suami datang menjemput dari Gunung Serapi.

Selepas ini terus ke Hospital Umum untuk pemeriksaan.

Doakan saya...

Armiza Nila
KKKS
17 April 2007

Monday, April 16, 2007

Disiplin menulis

Dalam sehari peruntukan masa 2 jam untuk semata-mata menulis.

Disiplin ini perlu ada dalam 24 jam masa yang ada dalam diri penulis yang benar2 mau bergelar penulis.

Saya tidak menetapkan kepada sesiapa tetapi sebagai motivasi pada diri sendiri.

Alasan anak/suami harus dicampakkan jauh2 jika ia menjadi penghalang kepada keberlangsungan menulis.

Selamat menulis.

Armiza Nila - KKKS

Talian Internet dan rumah verse membaca

Tidak saya nafikan, membeli (memiliki) buku lebih kekal berbanding memiliki talian internet di rumah. Saya tidak dapat menolak minat saya yang tinggi terhadap bahan bacaan.

Semakin hari, semakin banyak ilmu yang boleh saya dapati melalui talian internet di pejabat. Sehingga saat ini, saya belum lagi melanggan internet di rumah. Keadaan belum lagi mengizinkan. Dengan kawasan kediaman yang kurang strategik, saya memendamkan niat untuk memasang IT di rumah dan setakat ini mengharap ihsan waktu terluang di pejabat untuk membaca atau berkarya di IT.

Saban hari, saban blog penulis Malaysia dilayari dan saya selalu/lantas disedarkan betapa banyak penulis-penulis Malaysia yang berbakat dalam pelbagai bidang yang boleh dikongsikan dalam kehidupan kita. Terima kasih atas segala maklumat yang penulis hidangkan pada pembaca.

Apapun, suatu hari nanti, saya akan berusaha untuk memasang talian IT di rumah demi perkembangan dunia penulisan saya yang bukan saja menuntut saya untuk membaca secara manual tetapi juga melayari dunia buku/bacaan melalui IT.

Thursday, April 12, 2007

Bercuti

Esok hari, saya sudah pun memohon cuti rehat kepada Chief kerana buyoh kaki saya sudah menampakkan dirinya. Dari sebelah kaki kanan sekarang sudah merayap ke sebelah kaki kiri pula. Terasa penatnya kedua-dua belah kaki saya. Saya tidak larat lagi berjalan jauh waima dalam pejabat. Mungkin kerana berat badan yang semakin bertambah.

Tanda-tanda bersalin semakin menghampir diri. Tapi saya cuba tidak mengendahkannya dengan melakukan pekerjaan atau aktiviti bagi melupakan sedikit kesakitan yang dirasai.

Semoga saya kembali pulih selepas berehat panjang 3 hari termasuk hujung minggu ini.

Semoga rakan bloggers lain terus aktif menulis waima apa pun kata orang mengenai kita. Yang penting, keikhlasan kita.

Armiza Nila
KKKS
12 April 2007

Wednesday, April 11, 2007

Menerbit Karya Sendiri

Ada orang kata penulis itu umpama pengemis. Tapi bukan saya yang kata. Dan saya juga tidak mempersetujuinya 100%. Penulis hanya mengharap ihsan pihak berwajib yang sudi mengagihkan dananya untuk memperkembangkan karya penulis. Itu saya setuju.

Menerbitkan karya sendiri bukan semudah kata. Penulis kebanyakannya dari golongan biasa atau paling tidak pun [sederhana]. Adakalanya penulis itu menjadikan bahan penulisannya sebagai pencarian wang sampingannya. Menerbitkan karya walau sekecil antalogi puisi pun bukan mudah dan senang ataupun murah. Dengan keadaan ekonomi sang penulis yang seada-adanya untuk kehidupan sehari-harinya yang hanya mengharapkan gaji tetap hujung bulan, penerbitan karya sendiri masih menjadi teka-teki dan tanda-tanya dalam dirinya. Bilakah? Siapakah? Bagaimanakah?

Apapun, usaha itu tetap juga akan diusahakan/dilaksanakan biarpun berdikit-dikit. Semoga impian akan menjadi nyata.

Armiza Nila
KKKS
11 April 2007

Tuesday, April 10, 2007

Bersabarlah wahai sang ayah...









Anak-anak itu umpama permata. Ia perlu digilap sentiasa. Diasuh dengan lembut - dengan sabar - dengan penuh hemah dan BUKAN dengan kekasaran bahasa - kekerasan suara - kegeraman hati.



Benarlah kata orang, naluri keibuan itu begitu tinggi nilainya. Tidak mahu ia anaknya ditengking selalu. Bergetar tangannya - berdebar dadanya tatkala sang ayah datang menyinga pada anak-anak kecil yang tak tau apa-apa.



Wahai sang ayah - berbanyaklah bersabar dengan karenah anak-anak. Seperti sabarnya sang ibu bangun malam menyuapi susu walau sakit dada berjam-jam lamanya. Asal anak puas. Kasih sayangnya tiada tara...



Wahai sang ayah - tanggungjawabmu memang besar - tiada tandingnya. Cuma, ibu tidak minta lebih dari kemampuanmu - tanamkanlah sabar itu walau sedikit dari hatimu. Usah dihambur pada anak-anak yang belum mengerti apa-apa.



Dipukul ia, tiada kuasa melawan kita. Dipeluk, dicium, disayang, dielus - itu memang mahunya. Anak-anak tiada daya. Semuanya terletak di tangan kita. Kitalah yang membentuknya. Janganlah ia mencontohi kekasaran kita. Yang mereka tonton di depan mata.

Ajarilah mereka dengan akhlak yang mulia. Bahawa sabar itu memang payah melekat di hati. Tapi, tetapkanlah berusaha. Kerana orang yang sabar akan beroleh kemenangan.

Dan ujian-Nya adalah kayu ukur pencapaian kita - sebagai ibu dan bapa.



Armiza Nila
Semariang Batu
10 April 2007

Sebuah puisi Armiza Nila - "Anak-anak, sudah sudahlah"


"Anak-anak,
sudah sudahlah,"
: sedari kecil
kita dipangkukan
ditatang bagai minyak yang penuh
diikut ingin macam perintah raja
asal kau jadi
bahagia
jadi anak berguna
: sudah besar
lepaskanlah tanggungjawab mereka
mendidikmu sesempurna
melakar akhlakmu sewajarnya
"Anak-anak,
sudah sudahlah,"
: di usia senja mereka
ingin lihatmu dewasa
mempotret keluargamu sejahtera
membina jalinan mesra
mencipta kukuh jambatan kasih
memeterai cinta paling kasturi
"Anak-anak
sudah sudahlah,"

: buangkan segala duka lara
dura duri duga
dari mata mereka
jangan kau titiskan mutiara berharga
dari sepasang hati renta mereka
"Anak-anak
sudah sudahlah,"
: biarkan senyum terukir di bibir
mengecap nikmat dari tabir ukir
yang kau lakarkan di dada fikir
tersimpul erat di mahligai fakir
tapi jiwanya tidak kikir.
Armiza Nila
Semariang Batu
09 April 2007

Monday, April 09, 2007

Setelah membaca karya terpilih Pak Samad

Setakat ini saya hanya sempat membaca karya terawal Pak Samad dalam karya terpilih beliau iaitu cerpen.

Antaranya cerpen "Hari Ini Hari Gembira", "Pencuri Yang Tidak Adil Dihukum" dan "Kakak". Cerpen "Kakak" amat berkesan di hati saya kerana cerpen itu adalah awal mulanya kemungkinan kelahiran novel "Salina" Pak Samad. Beliau begitu teliti mencipta dan melakari wajah bentuk fizikal watak. Saya begitu seronok dengan turutan demi turutan dan perincian demi perincian yang seolah-olah kita bukan saja membaca malah turut seperti menonton watak.

Begitulah keistimewaan Pak Samad sejak awal permulaan karya beliau lagi. Justeru itulah saya pun tidak ingat seawal mana saya sudah 'jatuh cinta' pada Pak Samad. Seingat saya, saya sudah mentelaah novel Salina versi lama dengan kulit keras dengan bahasa lama yang menuntut saya untuk belajar dan terkial-kial memahami makna kata-kata dan ayat dalam novel beliau. Namun itu tidak menghalang saya untuk mengkhatamkan novel tersebut dan saya bangga!

Mudah2an selepas ini, saya akan dapat memperkatakan lagi hasil karya beliau tulus dari kaca mata peribadi saya.

Armiza Nila - Kuching

Cuti Hujung Minggu Tiga Hari




Sepanjang cuti hujung minggu termasuk Public Holiday bagi Sarawak sempena Good Friday yang jatuh pada 6 April, tidak banyak aktiviti yang dapat saya jalankan.


Jumaat, cuaca elok (panas sampai ke petang). Saya mengambil peluang mengupas dan menghiris 'halia dayak' untuk dijemur dan akan dibuat 'irup'. Irup halia adalah sejenis rempah ratus yang diamalkan oleh orang Sarawak semasa berpantang kerana bersalin. Pertama kali mendengarnya daripada rakan sekerja saya berbangsa Iban. Saya cuba membuatnya sendiri untuk diminum semasa berpantang kelak.


Sabtu dan Ahad - cuaca agak lembab. Halia yang saya nak jemur terpaksa terperap di dalam peti sejuk (keluar masuk). Baunya semacam kerana keringnya belum cukup. Saya sedikit terkilan.


Suami yang bertugas tak kira masa, membuatkan saya dan anak-anak hanya mampu duduk diam di rumah. Nak menjenguk ke rumah mak di depan pun saya malas lantaran tak larat lagi nak mengendong anak-anak.


Ahadnya, suami bercuti juga akhirnya setelah mengambilalih tugas rakannya sepanjang hari Sabtu.


Saya mengambil peluang ini dengan membawa suami ke Brooke Dock Yard yang lebih dikenali sebagai Lorong Sempit di Jalan Masjid lama (Masjid Bahagian Kuching) untuk membeli sedikit ubat-ubatan untuk persediaan bersalin. Saya membeli sebotol makjun cap unta berharga RM3.50 dan 2 botol minyak gamat dengan harga RM2.50 sebotol. Sengaja saya membeli sedikit untuk sekadar mencuba dulu. Selalunya saya menggunakan Makjun Pak Tani. Kerana tidak dijual dalam kotak (hanya dalam botol sahaja berharga RM10.00) saya menangguh untuk membelinya. Hujung bulan April ini saya akan ke sana lagi membeli keperluan yang lain. Di Lorong Sempit inilah saya membeli Jamu Selapan Mustika Ratu, Sabun Papaya dari Filipina, kain batik jawa dari Indonesia, telekung dan lain-lain barang terutamanya kain dari Indonesia dengan lebih murah dan senang tawar-menawar.


Saya kemudian ke Pasar Minggu Satok membeli bawang, kentang, kacang dal, makanan basah dan kering dengan juga harga yang lebih murah kerana waktu puncak untuk peniaga berkemas tiba (jam 1230 tengahari). Orang yang datang berkunjung bukannya semakin berkurang malah semakin ramai untuk mengejar barang dengan harga lebih murah. Jimat sedikit belanja...


Sekembali ke rumah, saya terasa letih yang teramat. Entahlah, mungkin kerana berjalan jauh dan terlalu lama. Suami, saya dan 'Irfan tertidur sehingga masuk waktu Asar. Saya dikejutkan 'Irfan yang batuk-batuk. Rupanya anak bertuah ni, termuntah dan terkencing kerana tidak sempat ke bilik mandi. Kesian anakku...agaknya dia mabuk kerana mengikut mama dan ayahnya berjalan di Pasar Satok yang agak panas....('temuwan' kata orang Sarawak).


Armiza Nila

Semariang Batu

Thursday, April 05, 2007

Elaun Latihan Tempatan Askar Wataniah Naik 33.33%

Berita gembira bagi saya dan anggota lain. Terima kasih TPM, Datuk Seri Najib Tun Razak atas murah hati beliau terhadap anggota simpanan.

Terimalah kenaikan ini sebagai rezeki tambahan atas jerih perih orang awam yang sanggup dan rela berjuang sama-sama demi mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara.

Pegawai akan menerima kenaikan sehingga RM5.80 sejam manakala LLP menerima RM4.35 sejam berkuatkuasa 1 Mac 2007.

Armiza Nila
Batalion Pertama
Rej 511(AW)

Wednesday, April 04, 2007

Hari Semakin Hampir...

Saat menunggu hari kelahiran, saya sudah jadi tidak keruan. Malam ataupun siang, hampir sama keadaannya.

Berat badan yang semakin bertambah, turut menakutkan diri saya. Entahlah kenapa selera saya semakin menjadi akhir-akhir ini sejak bertukar tempat tugas. Agaknya hati saya senang kerana tak jauh nak ke pejabat.

Saya sudah tidak bisa berjalan jauh dan lama-lama lagi. Terasa sengal-sengal pinggang dan kaki saya. Sudah duduk lama-lama di kerusi nak angkat berdiri pun payah. Dugaan...

Saya tabahkan hati naik dan turun tangga (nasiblah dua tingkat saja)...nak menuju ofis. Untuk selusoh kata orang tua. Mudah-mudahan saya dipermudahkan untuk bersalin.

Saat-saat yang hampir begini, saya dirisaukan lagi kerana terpaksa menyambung BSP di Hospital Umum Sarawak untuk mengesan paras gula dalam darah kerana menghidap diabetes ketika hamil. Dugaan lagi...

Hari semakin hampir.... dan debaran dada saya semakin kencang...

Armiza Nila
Semariang Batu
4 April 2007

Tuesday, April 03, 2007

Ziarah Desa Serapi



Salam terima kasih buat staf admin dan seluruh kaum keluarga Poliku - Desa Serapi kerana menjemput saya untuk sama-sama menyertai Majlis Silaturrahim Baksri di Kuarters H.

Saya terkedu atas keprihatinan mereka menyambut majlis ini di samping meraikan perpindahan saya ke pejabat baru.

Ahad, 1 April 2007 dalam hujan lebat yang akhirnya reda sekitar jam 1.30 petang, Tuan Pengarah Poliku serta keluarga turut sama datang bertandang memeriahkan majlis ini. Sekali lagi saya terharu dengan kerjasama dan semangat silaturrahim yang ditunjukkan oleh mantan ketua saya ini.

Pelbagai lauk pauk Sarawak disediakan dan dimasak sendiri oleh warga Baksri yang turut menyaksikan tenaga kaum isteri dan anak-anak staf admin. Lauk ayam masak pansuh dalam buluh, ulam-ulaman cantik manis, kacang panjang, kacang ceper, timun, jantung pisang cukup menyelerakan dengan belacan bercampur kacang tanah, ayam goreng, sayur paku, ikan bawal masak merah, sayur umbut nyiur masak lemak, sayur campur, cencaluk dan ikan terubok turut menjadi jamuan tengahari itu. Alhamdulillah, saya, suami dan anak-anak kekenyangan walaupun tertinggal menonton konsert ke-4 AF5.

Saya berterima kasih yang tidak terkata atas jemputan ini. Semoga Baksri dan warga Poliku terutama staf pentadbiran akan terus lestari dengan pelbagai aktivitinya. Sebagai bekas ahli dan antara yang pernah menjadi AJK Tertingginya, saya mendoakan kebaikan untuk mereka semua dan insyaAllah akan menyokong dari belakang walaupun jasad saya tidak ada lagi di sana...

Armiza Nila, Semariang Batu, 3 April 2007

Friday, March 30, 2007

Dura Duri Dugaan



*** Tiada siapa yang dapat menghalang tatkala Dura Duri Dugaan-Mu datang bertindan-tindan dalam sebuah keluarga.

Hanya mereka yang kuat keimanannya, tinggi kesabarannya dan tenangtenteram jiwanya bisa menerima kenyataan di depan matanya saat segelintir ahli keluarganya ditimpa masalah yang bertunda-tunda.

Orang tua yang meniti usia senja - sekadar mahu mengharapkan keluarga anak-anaknya, menantu-menantunya, cucu-cucunya dan cicit-cicitnya sentiasa mengecap kebahagiaan.

Namun dura duri dugaan tetap juga berkunjung datang menziarahi setiap jalur keluarga tempat melepas lelahnya. Kehidupan fatamorgana ini menjanjikan keseronokan tak berbelah bagi buat mereka yang menjadikan dunia sebagai syurganya. Namun ia bersifat sementara cuma berbanding mereka yang derita sebelum mengecap nikmatnya.

Ya Allah! Semoga Engkau terus memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka yang sesat jalannya untuk kembali ke pangkal jalan dan langsung meninggalkan perbuatan keji yang memusnahkan kehidupan keluarga mereka sendiri.

Semoga Engkau Ya Allah! memilih di antara kami sebagai insan-Mu untuk mengecapi barang sedikit dari nikmat-Mu yang lahir dari sengsara itu.

Armiza Nila, KKKS, 30 Mac 2007

Thursday, March 29, 2007

Buat Duit Dengan Menulis




Saya akan membaca buku karya Jeniri Amir (Buat Duit Dengan Menulis) yang saya pinjam di Library KKKS.


Harapan saya akan mendapat ilmu daripadanya untuk menghasilkan karya yang [boleh buat duit]? Ya, sebagai manusia biasa saya mengaku setiap apa yang kita buat inginkan pulangannya walaupun niat kita tidaklah sepenuhnya mengharapkan pulangan itu [kalau ada rezeki - adalah].


InsyaAllah, saya akan mengulasnya setelah habis bacaannya nanti. Saya suka pemikiran Jeniri Amir yang saya kenal sebagai pembentang kertas kerja di acara sastera di Kuching. Saya suka ketegasannya dalam mengeluarkan fakta. Cukup tajam dan cukup hangat.


Armiza Nila

Makan-makan




Perasaan segan mahu membawa bekalan makanan ke pejabat menghantui saya pada mulanya.


Tapi, lain pula jadinya hari ini - bila sudah lama berada di sini [padahal baru masuk minggu kedua].


Alhamdulillah - hari ini kami bersarapan dengan bermacam2 lauk Sarawak. Cencaluk cecah cili padi dan cabik geronong dengan timun, tempoyak goreng sesar, sambal belacan, pusuk goreng, ikan masin, nasi goreng, telur goreng, sambal halia dengan belacan, sambal belimbing tunjuk....ooohhhh...sungguh menyelerakan.... jimat belanja.


Seronok kerana dapat makan bersama-sama berami-rami.


Wednesday, March 28, 2007

Kesatuan Cinta





















Kesatuan Cinta

tidak mudah
menyatukan cinta
antara dua hati
yang telah sekian lama
tak bersua

tidak susah
menonjol cinta
andai hati sudah berkata
ya! aku mendambakannya

andai cinta sentiasa disua
disatukan dari dua sukma
alangkah bahagia
bertebaran lari dusta
yang menyelubung temaram
cakerawala cinta

ciuman kanda
tanpa diminta
membunga dinda
seluruh raga
menyatu menjadi
segumpal kalbu
yang kristal.

Armiza Nila
KKKS
28 Mac 2007

Tuesday, March 27, 2007

Hari-hari yang berlari...




salam---

Hari-hari berlari kian laju meninggalkan waktu-waktu yang tersisa.

Aku dilekakan tugasan-tugasan lanjut tanpa menoleh jam di dinding. Tepat jam 5.00 petang barulah mata beralih juga tepat waktunya. Di sini, waktu pulang terburu-buru kerana tiada orang/pekerja yang mahu menunggu. Pasti sunyi akan menyelubungi sebuah bangunan yang maha besar ini. Aku jadi sedikit gerun dengan suasana ini.

Aku yang biasa turun kerja awal, terpaksa bersunyi diri jam 7.10 pagi kerana hanya satu dua staff yang datang awal. Beginilah kerja di tempat yang dekat dengan kediaman. Kebiasaan aku untuk sampai ke pejabat awal belum bisa kuubah. Apapun, aku belajar menelan kenyataan.

Hari-hari terus berlari dan aku terus mengenal sosok tubuh manusia. Membaca keikhlasan dan kesamarataan antara staf pentadbiran. InsyaAllah, aku akan terus melayarinya dengan aman dan damai...

Armiza Nila - KKKS

Friday, March 23, 2007

Jumaat Kedua





Salam---


Saya sentiasa dan amat menghargai segala pandangan, teguran mahupun penyelidikan rakan-rakan terhadap pengkaryaan saya sekiranya ada.


Saya tidak gentar (insyaAllah) untuk menerima sebarang bentuk tentangan mahupun kritikan yang membina bagi mengukur perjalanan proses pengkaryaan saya kerana saya sudah lama bersedia untuk menghadapi apa jua cuaca macam yang kita hadapi hari-hari sebagai makhluk ciptaan-Nya.


Jika saya ada kekurangan, tegurlah dengan baik dan berilah saranan yang boleh memperbaiki kelemahan saya itu. Saya tidak akan berkecil hati.


Armiza Nila

KKKS

Thursday, March 22, 2007

Setelah kesekian hari...

Salam buat warga bloggers, teman2 yang masih sudi menjenguk laman peribadi Armiza Nila.

Setelah kesekian hari, ketika ini akhirnya dapat juga saya mengupdate blog ini.

Kondisi dan situasi baru memerah seluruh kuasa dan minda saya untuk menyampaikan dan mencerminkan prestasi diri agar tidak dipandang remeh.

Alhamdulillah, saya dapat menjalankannya dengan cukup tenang dan tabah.

Setiap lunch time, saya keseorangan kerana teman2 lain semuanya keluar atau pulang ke rumah atas urusan anak-anak dan peribadi.

Sunyi dan sepi menjadi akrab dengan saya - juga tenang yang damai...

Apapun , saya harus mengejar masa kerana MS ISO bakal datang menyerbu dalam masa yang terdekat ini. Kedatangan saya menjadi sandaran untuk membantu kerja-kerja terakhir persediaan menghadapinya.

Rakan2 sekerja yang ramah dan sekepala cukup menyenangkan hati saya.

Armiza Nila
KKKS
22 Mac 2007
p/s..hari ni hari gaji maka bertambahlah sunyisepi di ofis ni...hehehe..

Thursday, March 15, 2007

Salam terakhir buat warga Poliku

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera,

5 tahun 11 bulan dan 16 hari
tempoh perkhidmatan
yang cukup panjang
untuk mengenal diri
untuk mengenal bahasa badan
untuk memakna kemanusiaan
untuk mencerna kebajikan
untuk mengaut pengalaman
untuk menimba ilmu pengetahuan

Salam terakhir buat kalian
warga Poliku yang sentiasa dalam memori

Maslina Mahbu
15 Mac 2007

Wednesday, March 14, 2007

Jejak-jejak pulang

Jejak-jejak pulang
[Sebuah puisi tinggalan Armiza Nila]

pulang meninggalkan
satu ketentuan
yang harus ditelan
tanpa prasangka
tanpa penyesalan
tapi dengan penuh kerelaan
bukan paksaan
bukan hinaan
tapi dengan penuh ketenteraman

jejak-jejak pulang
disusur jalan-jalanmu
simpang-siurnya jadi teman akrabku
di kala hujan
di kala panas
cukup berhati-hati
tidak meninggalkan kesan-kesan pahit belaka

masa panjang pergi dan pulang
menjadi lipatan kemas yang menguji kesabaran
menekunimu selama 9 jam
bukan mudah
1 jam pergi
1 jam pulang
seperti sudah mengerti
tanpa menghitung perbatuan
jam-jam yang ditinggalkan pecah
menyerah

detik-detik yang menghitung waktu ketibaan
- keberangkatanmu
seperti sudah sedia merelakan
biar keharuan mendesak-desak dada
menyesak-nyesak sukma
seakan memaksa jejak-jejak pulang
lambat mengusir kita

Gunung Serapi yang gah terpacak di bumimu
seperti merenung penuh erti
pohon-pohon hijau di sepanjang aspal
seakan melambai-lambai salam kemesraan
bilakah 'kan berkunjung lagi?
White House dan Red Bridge
seakan menunggu
bilakah 'kan menjamu
Kak Sita di Batu 9
teh c peng dan nasi ayam
seakan tersedia terhidang
Telaga Air
ikan segar dan tapai
seakan mencapai tanganmu
Batu 10 Kampung Matang
ikan gonjeng, empirang dan lumek segar
seakan meruntun minta dibelikan
Kedai cina di Sungai Cina
sayur bayam, tauhu dan keribang
seakan senyum tapi kesenduan
adakah lagi seorangmu singgah menyapa
Kedai cina Batu 11
surat khabar, kopiko dan milo
memandang penuh kehibaan
akankah kau bisa lagi datang

peristiwa dan stesen-stesen perhentian
menghambat sayu nubari
membawa jejak-jejak pulang
berat hatiku berpergian
tak bisa ku mengusir kenangan
yang kian mengimbau
mengusik kotak rasa
kocak minda

selamatlah kalian
kutinggalkan jejak
penuh pemaknaan
yang tak tega kularikkan
dari kanvas hatiku

Poliku
kau tetap Poliku
bertakhta di hatiku
selagi nafasku
dan nafasmu
kian masih bersatu
kerana kau mendidikku
erti azam yang jitu!

Armiza Nila
Jabatan Pentadbiran,
Politeknik Kuching Sarawak.
14 Mac 2007


Nilai Persahabatan




Hari-hari penting semakin sengit pantas berlari. Hanya tinggal satu hari lagi sejarah terukir dalam diari kehidupan kerjaya saya di Desa Serapi. Hari-hari meninggalkan jejak keharuan dalam sekujur diri dan sekeping hati ini.


Saya diruntun segala memori sepanjang hampir enam tahun ini. Perjuangan perlu diteruskan seorang diri untuk terus menyemai, membaja, menyiram dan menyubur nilai persahabatan.


Sememangnya tidak mudah memiliki/mempunyai seorang sahabat dari sejuta kawan yang mengelilingi dunia 'kita'. Persahabatan yang lahir bukan dari darah daging, bukan dari persamaan malahan jauh sekali perbedaan taraf, keturunan mahupun kedudukan. Persahabatan sudah seperti hubungan adik-beradik. Tiada lagi segan silu berkongsi masalah peribadi. Tiada syak wasangka. Tiada percubaan untuk menghancurkan. Malah usaha menyemarakkan lagi nilai persahabatan tetap subur.


Keterharuan saya diruntun oleh seorang rakan yang saya kenali sejak sama-sama berkhidmat di sini tanggal 02 April 2001. Pernah kami tinggal sebumbung di Rumah Warden Kamsis Desa Serapi selama 8 bulan. Berkongsi makanan, minuman, wang dan segala masalah menjadi pengorbanan bersama.


Biarlah saya lakarkan kenangan bersama seorang sahabat yang mulia hatinya ini. Senang sekali saya bersahabat dengannya. Dialah tempat menangis. Dialah tempat ketawa. Dan ke mana pun perginya tidak pernah dia melupai saya atau menyinggung perasaan saya. Dan pastinya nilai persahabatan ini tiada tolok bandingnya.


Saya berdoa agar Allah sentiasa memberi kesejahteraan kepada dia dan keluarganya. Sentiasa memberi kesabaran dan keimanan yang tinggi padanya menempuh ujian dan dugaan Allah dalam meniti hari-hari dalam rumahtangga. Terus-terusan cemerlang dalam kerjaya yang diceburinya. Malah cekal tabah mengharung dan memikul tanggungjawab terhadap adik-adiknya.


Siti Zaharah Wasli - ini bukan satu pujian yang keterlaluan tetapi inilah rakaman penghargaan yang tidak terhingga daripada seorang yang kau panggil sahabat walaupun kita bakal berpisah jauh. "Tiada lagi tempat bersadu," katamu. Dan aku juga begitu kerana tidak semua kawan boleh dijadikan sahabat dan benar-benar memahami akan diri dan keperluan kita.


Doakanlah perjalanan saya seterusnya aman damai dan penuh ketenangan setelah menempuh pelbagai ranjau di sepanjang pertemuan dan kebersamaan kita.


Maslina Mahbu @ Armiza Nila

Desa Serapi

14 Mac 2007

Tuesday, March 13, 2007

Lagi Isu Pemasaran Utusan Borneo

Semalam (Isnin). Sekali lagi saya hampa untuk mendapatkan senaskhah akhbar Utusan Borneo untuk menatap YIIB DBPCS. Sampailah ke kedai cina di jalan masuk Politeknik saya tidak menemuinya.

Begitulah, bagaimanakah corak pemasaran akhbar yang kian mendapat sambutan ini? ... Saban hari saya turun ke pejabat sebelum jam 7.00 pagi. Seawal itukah akhbar itu habis atau saya selalu mendapat jawapan, " Sik ada" bukannya "Dah abis". Hanya satu saja agaknya cara untuk mendapatkannya iaitu MELANGGAN.

Saya tidak menyalahkan semua pihak. Tapi kejadian ini sedikit menggugat minat para penulis terutamanya di bidang sastera yang ditempatkan sendiri ruangnya oleh Utusan Borneo.

Dapatkah masalah ini diselesaikan pada masa akan datang?... Entahlah.

Armiza Nila
Semariang Batu

Di sebalik hati



Saya cukup terharu pabila ada kawan yang cukup baik hati meraikan perpindahan saya mulai Jumaat ini. Siapa yang bisa mengadili hati sesama insan?! Saya bertanya pada diri. Cuba mencermin kejernihan hati yang selama ini terbias oleh kaca.
Hanya Allah yang tahu akan kesempurnaan hati makhluknya termasuklah manusia bergelar insan.
Tiga orang rakan rapat membelanja makan saya di KFC Matang Jaya baru sebentar tadi. Alhamdulillah, saya kekenyangan pekena snack plate n soft drink strawberry. Saya begitu terharu dengan jemputan mereka di saat-saat akhir saya bakal meninggalkan pejabat ini. Sekurang-kurangnya masih ada 'kawan' yang menghargai persahabatan dan persaudaraan ini di kala ada orang lain yang memandang sepi.
Semuanya kekuasaan Allah. Saya menerima sebarang ketentuannya akan hala tuju seterusnya kehidupan saya. Saya hanya mampu berterima kasih dan bersyukur kerana masih punya kawan2 yang baik hati dan benar2 ikhlas dalam persahabatan dan semoga Allah membalas segala kemurahan hati mereka.
Armiza Nila
Desa Serapi
13 Mac 2007

Thursday, March 08, 2007

Leter - sebuah puisi spontan Armiza Nila





Leter


Bisakah sang lelaki menerima seadanya

wanita sanjungan

punya perangai azali

cukup suka berleter


leterannya berjela-jela

dari satu cerita ke satu peristiwa

menampakkan kerisauannya

akibat dari satu benda ke satu perkara


wajarkah sang lelaki memarahinya

wanita idaman

suatu ketika

sarat dirinya mengandung rasa

pulas akalnya menyimpan racau


suka tidak suka

leternya tetap sama

tanpa fikir waras

tuturnya mencarut tak tentu hala

saat emosinya berserabut sejuta


siapakah lelaki

yang tinggi iman kesabarannya

- antara mereka

yang terus-terusan membingitkan telinga

mendengar bersahaja

leteran wanita yang dicintainya?!


Armiza Nila

Semariang Batu

8 Mac 2007

Hari Wanita Sedunia - 8 Mac 2007




Selamat menyambut Hari Wanita Sedunia pada semua wanita di seluruh dunia.


Semoga wanita terus lestari dalam memperjuangkan hak dan mempergunakan segala kekuatannya dengan saksama dan bijaksana dalam setiap tindak tanduknya.


Salam daripada Armiza Nila, Kuching-Sarawak.

Wednesday, March 07, 2007

Memang Benar

Benar,

Hari ini di US ada ruangan Wadah Bahasa Dan Sastera yang menampilkan karya Cerpen [ulasan utk hari ini - cerpen minggu lepas] dan tiga buah puisi daripada penulis muda agaknya.

Semoga akhbar2 di Sarawak terus menjalin hubungan dan kemesraan dengan DBPCS untuk memartabatkan bahasa dan sastera di negeri kita yang tercinta ini.